Rabu, 30 Januari 2013

Harian Metro: Rap


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Mahu kembali mengacara

Posted:

Kehadirannya mengisi senarai pelakon lelaki tempatan mendapat reaksi memberangsangkan walaupun hakikatnya dia berasal dari Singapura. Memutuskan berhijrah demi menjual bakatnya di sini kian tampak pulangannya.

Usianya sudah menginjak 30 tahun, namun segalanya baru bermula buat pelakon tampan berkulit sawo matang Shah Iskandar Mahfuz. Namanya antara yang menjadi perbualan kala ini apatah lagi sering muncul menghiasi kaca TV sejak akhir-akhir ini.

Meskipun cukup selesa 'menghambakan' diri turun ke lokasi penggambaran memenuhi tugasnya sebagai pelakon, namun di hatinya masih memendam satu keinginan yang belum sempat dilunaskan lagi.

Sebelum mengatur langkah besar tinggalkan kampung tercinta di Woodlands, Singapura, dia juga terpaksa berfikir panjang sama ada untuk melepaskan kerjaya pengacara yang semakin rancak di sana.

Foto

Shah Iskandar Mahfuz


Bagaimanapun, atas perhitungan mengenai masa depan bergelar pelakon di Malaysia, Shah rela mempertaruh­kan nasibnya meneroka pasaran di sini dan jelas usaha seriusnya itu kini jadi kenyataan.


Bertemu jejaka 'sempoi' yang cukup mudah didekati ini, dia tidak henti memanjatkan kesyukuran apatah lagi kini orang sudah menge­nali dan menerima bakatnya dalam lapangan lakonan.

Baginya, mungkin kini peluang terbaik buatnya mengintai ruang untuk kembali aktif dan me­nyambung kebolehannya menjadi pengacara pula.

"Dua tahun lalu saya tidak pernah terfikir akan berada di tahap sekarang. Apa yang penting hanyalah terus mengerah kudrat memburu tempat dalam industri lakonan demi kelangsungan impian besar saya.

"Tahun 2011 memberi nafas baru buat saya apabila siri Nora Elena berjaya meraih tempat di hati penonton dan saya tidak ketinggalan menerima tempias itu. Saya akui siri itu juga yang melonjakkan nama saya dan bermula daripada sana penonton beransur mengenali saya.

"Kini timbul pula perasaan untuk kembali menjadi pengacara biarpun mungkin masih terlalu kerdil dalam industri. Bukan mahu menyaingi pengacara lain sedia ada cuma ini adalah impian yang saya simpan rapi selama ini.

"Di Singapura pun, saya lebih dikenali sebagai pengacara dan tidak mahu pengalaman selama tiga tahun di sana berkubur begitu saja. Pernah juga saya diberi peluang menjadi hos untuk rancangan di portal terkenal www.gua.com.my tapi sebagai jemputan saja.

"Risau juga untuk bermula semula selepas bakat mengacara sudah agak 'berkarat' dan nampaknya perlu diasah semula. Andainya diberi peluang suatu hari nanti, saya juga cukup selesa sekiranya digandingkan dengan pengacara lain," katanya yang bercita-cita menjadi hos program secara langsung.

Terkesan dengan kebangkitan dua aktor 'panas', Aaron Aziz dan Adi Putra yang juga rakan senegaranya, tatkala dijentik dia bakal menjadi 'next big thing' selepas ini, Shah hanya tergelak.

"Banyak kali juga saya mendapat tanggapan sebegitu yang sebenarnya menguatkan lagi semangat saya memahat nama dalam industri. Bagaimanapun, saya tetap bertegas masih belum sampai lagi ke tahap itu kerana dua nama terbabit amat kukuh pada masa ini.

"Apapun, saya tidak mahu menolak juga andai benar suatu hari nanti masinlah mulut orang dan dapat menjejak tahap seperti mana yang sudah mereka pijak sekarang.

"Saya menaruh harapan besar pada usia 35 tahun nanti nama saya juga sudah cukup kukuh dan begitu juga dengan rencana karier seni," kata pemegang Diploma Perfileman dari Politeknik Ngee Ann, Singapura itu.

Jatuh cinta watak antagonis

Selain siri Nora Elena, Shah juga terus memikat penonton menerusi lakonannya dalam drama Atas Nama Cinta, Tiga Janji dan Runtun Qalbu.

Banyak kali membawa watak baik, sesekali diberikan watak antagonis dan terbaru bakal muncul dalam drama berjudul Cinta Agra yang baru tamat penggambarannya, Shah akui ketagih watak 'jahat'.

"Dalam siri berkenaan yang akan ditayangkan di saluran RTM2, saya memegang watak antagonis iaitu anak orang kaya yang gilakan seorang wanita dan sangat 'psiko'.

"Biarpun dia kelihatan baik di luaran namun sebenarnya dirinya penuh dengan agenda tersembunyi dan sedaya-upaya mendapatkan wanita berkenaan dengan cara jahat," katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia tidak mendapat peluang melakonkan watak sebegini namun apabila mendapat peluang itu, dia selesa dan mahukan lagi watak sedemikian.

"Saya dapati watak sebegitu sungguh mencabar dan penuh putar-belit serta penghayatan perlu benar-benar kuat untuk menghidupkannya. Pertama kali melakonkan karakter itu menerusi siri Runtun Qalbu, saya rasa lega kerana akhirnya dapat menyerlahkan sisi lain lakonan saya meskipun sebelum ini tidak pernah diberi kepercayaan sebegitu," katanya yang mahu terus jadi versatil.

Tampak semangat juangnya untuk terus sukses dalam lakonan, calon Top 5 Artis Baru Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 itu turut berharap sokongan peminat yang ada sekarang akan berterusan dan berjanji sentiasa menjadi semakin bagus.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/29

Berubah kerana lelaki

Posted:

Drama Jiwang Karat menggandingkan Shahrizal Jaszle dan pelakon baru Christina Suzanne sebagai pasangan kekasih di samping Shah Iskandar, Rozie Othman, Ridhwan Hashim dan Nor Albaniah menjadi tarikan terbaru slot Cindai yang mula meniti di bibir peminat drama bersiri di TV1.

Jiwang Karat yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 2.05 petang, mengisahkan Shazlin (Christine Suzanne), anak tunggal Datuk Amran dan Datin Kalsom yang bersikap keanak-anakan dan lebih suka membuang masa serta membuat keputusan sendiri.

Situasi ini amat membimbangkan Amran apatah lagi Shazlin yang degil enggan bekerja di syarikatnya selepas tamat belajar di luar negara sedangkan dia adalah harapan Amran untuk mengambil alih perniagaannya itu.

Shazlin masih bersikap acuh tak acuh apabila Amran mengugut untuk menyekat perbelanjaannya jika dia tidak ke pejabat. Malah, Shazlin tetap keluar dengan teman baiknya, Kamalia untuk berseronok dan membeli-belah.


Akibat marah dan kecewa, Amran menyekat perbelanjaan Shazlin mengakibatkan anak gadis itu tidak dapat membayar harga makanan di sebuah restoran apabila kad kreditnya disekat.


Bermula dari situ, Shazlin berkenalan dengan Nor Aiman (Shahrizal Jaszle), jejaka kampung yang kebetulan sedang makan di situ. Meskipun perkenalan mereka bermula agak dingin, Nor Aiman sudi membayar makanannya malah sanggup membayar denda Shazlin meletakkan keretanya di petak Orang Kelainan Upaya (OKU).

Ketika itu, Kamalia iaitu sahabat baik Shazlin tidak mempedulikannya kerana sibuk berkenalan dengan Azril, senior di kolejnya yang sudah lama diminatinya.

Perkenalan sehari Shazlin dengan Nor Aiman cukup memberi kesan dalam hidup Shazlin. Sikap matang Nor Aiman dan nasihatnya membuatkan Shazlin berubah dan mahu membantu bapanya di syarikat.

Shazlin ingin berjumpa Nor Aiman sekali lagi, tetapi dia kehilangan kad nama pemberian Nor Aiman menyebabkan mereka terputus hubungan.

Lima tahun kemudian, Shazlin benar-benar berubah. Dia kini menjadi anak kebanggaan ibu dan bapanya serta mampu mengendalikan syarikat dan tidak lagi dipandang rendah oleh pekerjanya.

Dalam pada itu, Amran dan Kalsom berikhtiar mencari jodoh untuk Shazlin membuatkannya rimas dan terpaksa menipu kononnya dia sudah ada teman lelaki. Tanpa disedari Shazlin, penipuannya itu mendesak dia mencari teman lelaki dan takdir Tuhan dia terjumpa semula kad nama Nor Aiman.

Shazlin menghubungi Aiman menggunakan maklumat di kad. Ketika itu Nor Aiman yang dicari tidak lagi bekerja di syarikat itu namun apabila dihubungi Shazlin, seorang lelaki yang mengakui sebagai Aiman (Mohammad Aiman) menjawab panggilan dan mengaku yang dia adalah Aiman yang dicarinya. Mereka berjanji untuk berjumpa
kerana Shazlin mahu membayar hutangnya lima tahun lalu.

Siapakah sebenarnya Mohammad Aiman dan dapatkah Shazlin bertemu semula dengan Nor Aiman? Jangan lupa untuk menonton setiap episod drama ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/29
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved