Harian Metro: Setempat |
Posted: 19 Jan 2013 05:06 AM PST Klang: Seorang anggota polis nyaris maut selepas pemandu sebuah kereta Proton Waja yang dilaporkan dicuri cuba merempuhnya, menyebabkan anggota itu terpaksa melepas tembakan di Taman Sejati, di sini, malam kelmarin. Akibatnya, seorang wanita berusia 22 tahun yang juga penumpang kereta itu mati terkena tembakan anggota polis terbabit manakala pemandunya, seorang lelaki berusia 31 tahun, berjaya ditahan.
Semakan mendapati kereta itu dilaporkan hilang di Klang, Selasa lalu, menyebabkan pihak berkuasa cuba menahannya. Bagaimanapun, suspek enggan mematuhi arahan dan terus memecut laju menuju ke arah bandar ini, selain turut melanggar beberapa kenderaan dalam cubaan melarikan diri.
Anggota forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian satu kes tembak selepas anggota polis mengejar suspek. "Selepas mengejar suspek lebih 10 kilometer, suspek akhirnya tiba di Taman Sejati dan sekali lagi memberhentikan keretanya, dan anggota polis sekali lagi keluar untuk menahan suspek. Suspek sekali lagi mengundurkan keretanya dan cuba melanggar anggota polis.
"Pemeriksaan kemudian mendapati seorang wanita yang berada di tempat duduk penumpang depan cedera terkena tembakan," katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian, malam kelmarin.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan