Jumaat, 1 Februari 2013

Harian Metro: Arena


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Sandaran negara

Posted:

Kuala Lumpur: Pelumba senior negara, Josiah Ng diberi tanggungjawab besar untuk menggalas misi membawa pulang pingat emas di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) yang akan berlangsung di New Delhi, Mac ini.

Berdasarkan prestasi semasa pelumba, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab (gambar) berkata, hanya Josiah berlatih secara konsisten berbanding Azizulhasni Awang yang masih di negara ini.


"Kita meletakkan harapan di bahu Josiah. Josiah dilihat berpeluang mempertahankan emas acara keirin, tapi mungkin Muhammad Edrus Md Yunus juga boleh diharapkan mengulangi pencapaian meraih emas dalam acara 1 kilometer ujian masa yang diraihnya ketika di ACC Kuala Lumpur, tahun lalu," katanya.

Josiah diberi tanggungjawab beraksi dalam empat acara iaitu 1km ujian masa, keirin, pecut individu dan pecut berpasukan manakala Edrus akan menggalas tugas dalam acara pecut individu, pecut berpasukan dan 1km ujian masa.


Tahun lalu di kejohanan sama, Josiah mengetepikan cabaran Azizulhasni untuk meraih emas pertamanya dalam acara keirin di ACC manakala pelumba berasal dari Terengganu itu terpaksa berpuas hati dengan perak dalam perlumbaan akhir di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras.


Terdahulu, Josiah, 33, diberi kepercayaan oleh John Beasley untuk menjadi wakil tunggal negara beraksi pada Kejohanan Trek Dunia di Minsk, Belarus bermula 20 hingga 24 Februari ini.

Foto

JOSIAH (kiri) galas misi penting negara.

Mengulas mengenai situasi semasa Azizulhasni, Abu Samah berkata, pelumba itu kini diletakkan di bawah pemerhatian jurulatih trek endurance, Graham Seers kerana masih lagi berdepan dengan masalah mendapatkan visa bagi membolehkannya kembali ke Melbourne untuk berlatih di bawah Beasley dan rakan lain. Bagaimanapun kemampuan Azizulhasni tidak diragui dan pemenang emas Sukan Asia acara keirin itu tetap disenaraikan dalam skuad kebangsaan. Sementara itu, turut disenaraikan, Muhd Arfy Qhairant Amran, Mohd Fattah Amri Zaib, Nik Mohd Azwan Zulkifle, Sofian Nabil Omar Mohd Bakri, Mohd Fakhruddin Daud, Mohammad Fairet Rusli, Wan Shazwan Afiq Wan Shahril Anwar dan Hamdan Hamidun.


Fatehah Mustapa mengetuai barisan pelumba wanita bersama-sama Ummi Hamimmah Mohamad, Jup Pha Som Net, Nurul Nadia Mohamad Fauzi, Lauretta Eva Adrian dan Noor Azian Alias.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/01

Djokovic ketuai cabaran Serbia

Posted:

Paris: Pemain nombor satu dunia dan juara baru Terbuka Australia, Novak Djokovic kembali beraksi pada Piala Davis hujung minggu ini ketika pencabarnya dalam acara Grand Slam tidak beraksi pada pusingan pembukaan.

Pemain Serbia itu, yang merangkul kejuaraan keempat di Melbourne dan Grand Slam keenam kariernya menerusi kemenangan ke atas Andy Murray Ahad lalu, akan mengetuai negaranya pada perlawanan pembukaan Kumpulan Dunia menentang Belgium.


Namun, kejohanan berusia 113 tahun itu tidak lagi sehebat dulu.

Pemain nombor dua dunia, Roger Federer, pemain ranking keempat David Ferrer selain pemain nombor tujuh dunia, Juan Martin del Potro memilih tidak turun beraksi masing-masing buat Switzerland, Sepanyol dan Argentina.


Pasukan Britain tidak mempunyai perlawanan manakala pemenang 11 kejuaraan utama, Rafael Nadal terlepas kunjungan Sepanyol ke Kanada ketika masih memulihkan diri daripada kecederaan lutut yang menyaksikannya tidak bermain selama tujuh bulan.


Djokovic dan rakan senegara di ranking kesembilan, Janko Tipsarevic, yang mengemudi kejuaraan sulung Serbia dalam Piala Davis pada 2010, tidak berdepan halangan sukar menundukkan Belgium di Charleroi.

Pemain terbaik tuan rumah David Goffin hanya berada di ranking ke-50.


"Kejuaraan Piala Davis hadir tepat pada masanya. Saya percaya perasaan berkongsi kejuaraan terbesar dalam sukan kami bersama pasukan saya dan negara, adalah perasaan terbaik pernah saya alami sebagai pemain," kata Djokovic, yang tidak beraksi pada kejohanan itu tahun lalu.

Ketiadaannya amat dirasai apabila Serbia kecundang pada suku akhir di tangan juara, Republik Czech.


Sepanyol, juara tiga kali dalam tempoh lima tahun terakhir, dan naib juara kepada Czech pada 2012, berkunjung ke Vancouver tanpa tiga pemain utama mereka, Nadal, Ferrer dan Nicolas Almagro, yang mengalami kecederaan kaki.


Almagro digantikan pemain nombor 85 dunia, Guillermo Garcia-Lopez, yang bermakna Marcel Granollers, pemain nombor 34 dunia dan pemain ranking ke-51, Albert Ramos, akan bermain perlawanan perseorangan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/01
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved