Harian Metro: Arena |
Posted: Kuala Lumpur: Tiada 'layanan istimewa' akan diberikan oleh jurulatih Ong Kim Swee kepada Muhamad Nazmi Faiz Mansor sebaliknya pemain muda berbakat yang membuat keputusan mengejut pulang ke tanah air dari Portugal untuk menyarung jersi PKNS FC itu perlu berada pada prestasi terbaik jika mahu berada dalam skuad bawah 23 tahun negara (B-23) ke Sukan Sea Myanmar hujung tahun ini. Sikap 'tidak pilih bulu' pengendali negara itu pastinya satu cabaran buat Nazmi, 19, yang terpaksa menunggu sehingga April ini untuk membuat penampilan bersama pasukan Liga Super itu selepas meninggalkan kelab SC Beira-Mar.
"Buat masa ini, Nazmi tiada dalam perancangan ke Yangon dan Slovakia kerana saya difahamkan statusnya kini sedang dirujuk oleh Jawatankuasa Status FAM. "Dia sekarang sudah menjadi hak milik kelab PKNS, jadi segala keputusan perlu merujuk kepada PKNS terlebih dulu kerana dia bukan pemain Harimau Muda. Bagi saya mudah, jika dia mempamerkan permainan yang baik, sudah pasti saya akan memanggilnya untuk menyertai skuad ke Sukan Sea.
Muhamad Nazmi Faiz Mansor Buat masa ini pemain kelahiran Kuala Lumpur yang menjadi tonggak skuad B-23 negara mempertahankan pingat emas Sukan Sea Jakarta 2011 itu hanya menjalani latihan bersama PKNS di bawah kendalian Abdul Rahman Ibrahim sehingga jendela perpindahan pemain dibuka pada April depan.
|
Posted: Madrid: Lionel Messi meledak jaringan ke-35 musim ini ketika membantu skuad tempang Barcelona membelasah Getafe 6-1 di laman sendiri kelmarin bagi membolehkan mereka 12 mata mengatasi Atletico Madrid di puncak La Liga. Alexis Sanchez dan David Villa yang jarang berada dalam kesebelasan utama meledak gol pada setiap babak selain Messi, Andres Iniesta, Cristian Tello dan Gerard Pique turut berada dalam senarai penjaring ketika Barca mencatatkan kemenangan ke-20 dalam 23 perlawanan untuk mengumpul 62 mata.
"Kami tidak akan mengulangi semua pujian yang kami berikan terhadap dia (Messi)," kata Pengarah Sukan Barca, Andoni Zubizarreta dalam sesi temuramah bersama stesen televisyen Sepanyol, Canal Plus.
Mereka turut kehilangan perancang tengah, Xavi kerana kecederaan dengan Thiago Alcantara dan Iniesta menggerakkan jentera tengah selepas ketiadaan rakan sepasukan dalam skuad kebangsaan Sepanyol itu.
"Tidak banyak yang dapat anda lakukan kerana tidak berpeluang memegang bola," katanya. - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/12 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan