Selasa, 12 Februari 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Teruja jadi sukarelawan

Posted:

Sabak Bernam: Seramai 20 pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) teruja dipilih menjadi ahli Briged Sukarelawan Kolej Komuniti (BriSK) Sabak Bernam dan mengikuti kursus Sukarelawan Palestin yang diadakan pelancarannya di dewan kuliah kolej berkenaan Jumaat lalu.

KKSB dengan kerjasama Sekretariat Asqa Syarif Sabak Bernam mengambil inisiatif berkenaan bagi membantu pelajar yang berminat menjadi sukarelawan di Palestin.


Pelajar Pemprosesan dan Kawalan Makanan (SPK) KKSB Shafaruddin Jaafar, 18, berkata, kesedaran untuk membantu rakyat Gaza mendorongnya menyertai BriSK walaupun terselit perasaan takut jika diberi peluang untuk berkhidmat di bumi bergolak itu.

"Rasa takut itu hilang dengan kekuatan semangat saya untuk membantu rakyat Palestin dan saya sentiasa bersedia jika Sekretariat Aqsa Syarif meminta saya berbuat demikian," katanya.


Pelajar SPK semester 2 Nurul Nabiha Abu Bakar, 21 berkata, rasa simpati terhadap penderitaan rakyat Palestin yang dipaparkan media massa menjadikannya terpanggil untuk membabitkan diri dalam aktiviti sukarela ini dan bersedia untuk membantu apabila diperlukan.


Beliau yang sentiasa diberi galakan ibu bapa untuk membabitkan diri dalam aktiviti kesukarelawan berharap lebih ramai lagi anak muda menyertainya.

Sementara itu, Pengarah KKSB Mohd Zainudin Mohd Esin berkata, pelancaran BriKS ini diharapkan dapat meningkatkan semangat kesukarelawan dalam kalangan warga KKSB dan menggunakan pengalaman serta inisiatif sendiri dalam melaksanakan tugas kesukarelawan itu.


"Kami juga mahu dengan tertubuhnya BriSK ini dapat menggalak, membimbing dan mendidik pelajar ke arah kesukarelawan dan memberi kesedaran kepada warga KKSB mengenai isu berkaitan keamanan, peperangan, konflik, perpaduan, pendidikan dan bencana alam," katanya.

Pada majlis sama, 10 pelajar BriSK Tanjung Karang turut menyertai program ini dan seterusnya ditauliahkan sebagai sukarelawan BriSK Aqsa Syarif bersama-sama pelajar BriSK Sabak Bernam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/12
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved