Harian Metro: Arena |
Posted: Kuala Lumpur: Malaysia tidak akan mengikut jejak langkah Filipina yang berhasrat memboikot temasya Sukan SEA yang dianjur Myanmar hujung tahun ini. Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, mereka tetap memberi sokongan kepada negara tuan rumah biarpun tidak puas hati dengan penyenaraian beberapa acara sukan bukan Olimpik seperti vovinam dan kempo.
"Apa yang diputuskan dalam mesyuarat SGF (Persekutuan Sukan SEA) sebelum ini sudah dipersetujui semua pihak.
"Filipina ketika menjadi tuan rumah 2005 turut menyenaraikan acara yang mereka suka dan menjadi juara. "Thailand pula pada 2007 menganjurkan hingga 43 acara, bagi saya mereka ini semua tipu saja," katanya kepada Arena Metro semalam.
Menurut Pengerusi PSC, Richie Garcia tindakan memboikot Myanmar mungkin satu tindakan terlalu serius dan mereka kini menimbangkan untuk hanya menghantar delegasi kecil 10 atau 50 atlet untuk bertanding dalam acara bertaraf Olimpik saja.
|
Posted: London: China didakwa menjadi lokasi utama mendapatkan bahan terlarang meningkatkan prestasi atlet, dakwa Presiden Agensi Anti Doping Sedunia (WADA), John Fahey. Komennya dibuat selepas Ketua Pengarah WADA, David Howman dalam satu temuramah di sebuah hotel di London, kelmarin berkata, 99 peratus bahan terlarang itu diperoleh dari China.
Fahey berkata, usaha membendung perkara itu kini dilakukan bersama pihak berkuasa China tapi ia memerlukan usaha yang lebih lagi.
"Kami harap dapat menjalinkan kerjasama dengan mereka dan kami sedar banyak pembekal sudah menutup operasi hasil usaha sebelum ini.
Pelumba basikal Amerika Syarikat itu yang mengaku menggunakan bahan terlarang, digantung seumur hidup dan tujuh kejuaraan Jelajah Perancis yang diraihnya dibatalkan serta merta selepas disiasat Agensi Anti Doping Amerika Syarikat (USADA).
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan