Khamis, 14 Februari 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Budak 13 tahun ditangkap khalwat

Posted:

KUALA LUMPUR: "Duit saya sudah habis, tidak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak," kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi.

Bagaimanapun ketika ditanya penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.

Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.

Kesemua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.


Selain pemeriksaan hotel bajet, 60 penguat kuasa Jawi turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan mengeluarkan notis hadir untuk sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.


Operasi diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Tuan Asmawi Tuan Umar.

VIDEO:

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/14

Pusara dalam lubang

Posted:

Kuching: Lubang pembetung air sedalam kira-kira 20 meter di Jalan Haji Taha, di sini, menjadi 'pusara' buat seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak, selepas kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam lubang itu, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, mangsa, Paul Primus, 25, memandu Proton Saga dari Kota Samarahan ke jeti APMM di Muara Tebas, di sini, sebelum hilang kawalan lalu terjunam ke dalam lubang pembetung air itu.

Isteri mangsa, Vivian Julai, 25, berkata dia terkejut apabila menerima panggilan kira-kira jam 3.30 pagi memaklumkan mengenai kemalangan yang menimpa suaminya itu.

"Sepatutnya kami meraikan hari lahirnya yang ke-25 Jumaat ini, tetapi kini semuanya berubah kerana dia pergi buat selama-lamanya," katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini, semalam.

Foto

ANGGOTA bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mayat mangsa.

Foto

KERETA yang dipandu mangsa ditarik keluar dari pembetung air di Jalan Haji Taha.


Menurut Vivian, suaminya keluar dari rumah di Kota Samarahan kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin untuk ke jeti APMM di Muara Tebas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/14
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved