Harian Metro: Arena |
Posted: Chelsea berjaya mengelak daripada menjadi mangsa terbaru pada saingan Piala FA apabila juara bertahan itu melangkah ke pusingan kelima selepas mencatat kemenangan 4-0 ke atas pasukan Divisyen Satu, Brentford semalam. Arsenal, Tottenham dan Liverpool adalah antara kelab gergasi Liga Perdana Inggeris yang dimalukan pasukan liga bawahan musim ini, tetapi Chelsea bermula hambar.
Masih terlalu awal untuk melabelkan pasukan kendalian Rafael Benitez kembali berada di landasan tepat selepas melalui kempen yang tidak konsisten, namun sekurang-kurangnya keputusan itu mengelak mereka daripada malu di hadapan penyokong sendiri.
Chelsea dilihat bergelut pada babak pertama dengan cubaan Branislav Ivanovic tersasar, begitu juga tandukan Mata.
Chelsea bangkit pada separuh masa kedua menerusi gol pertama Mata yang merembat deras menewaskan penjaga gol Brentford, Simon Moore pada minit ke-54. Gol pertama itu mengurangkan tekanan Chelsea yang kemudiannya terus membunuh aksi cemerlang Brentford.
|
Segera lupakan kekalahan: Wenger Posted: LONDON: Arsene Wenger (gambar) menggesa anak buahnya supaya bangkit semula daripada kekalahan memalukan kepada Blackburn pada saingan Piala FA apabila bakal turun bertemu Bayern Munich di saingan Liga Juara-Juara. Jaringan tunggal Colin Kazim-Richards pada separuh mas kedua sudah cukup memberikan kemenangan 1-0 kepada Blackburn di Stadium Emirates kelmarin sekali gus menyaksikan mereka melangkah ke saingan suku akhir Piala FA.
Arsenal perlu bangkit apabila bertemu gergasi Jerman itu jika mereka masih mahu menamatkan kemarau lapan tahun tanpa trofi utama selepas Gunners ketinggalan 21 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester United.
"Kami perlu buktikan betapa kuat dan bagusnya kami pada perlawanan seterusnya. Adalah satu kesilapan jika kami berasa bersalah ke atas diri sendiri," kata pengendali dari Perancis itu.
Pengurus Blackburn, Michael Appleton menegaskan beliau masih tidak percaya anak buahnya dapat menempah tiket ke suku akhir.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan