Harian Metro: Arena |
Posted: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh (gambar) tidak akan menarik diri daripada menjadi calon Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF), namun beliau tidak menolak kemungkinan salah satu daripada calon dari Asia akan menarik diri selepas ini. Semalam adalah hari terakhir pencalonan presiden BWF yang akan dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Mei depan dan hanya tiga calon, dua dari Asia (Tenggara) Nadzmi dan Justian Suhadinata (Indonesia) serta calon Eropah, Paul Erik Hoyer Larsen (Denmark).
Meskipun begitu, Nadzmi tidak menolak kemungkinan salah satu daripada calon Asia menarik diri tetapi beliau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berbuat demikian. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/23 |
Posted: Juara lima kali Piala Eropah, Liverpool tersingkir daripada kempen Liga Europa menerusi gol jaringan di tempat lawan kepada pasukan dari Russia, Zenit Saint Petersburg meskipun melakar kemenangan 3-1 di Anfield, semalam. Ketinggalan dua gol dalam perlawanan pertama, Liverpool yang mencari gol pendahuluan begitupun dikejutkan apabila pertahanan mereka, Jamie Carragher gagal menyekat percubaan Hulk sekali gus menjadikan agregat 3-0 buat pasukan pelawat.
Pengurus Liverpool Brendan Rodgers berkata: "Kami mungkin tewas perlawanan malam ini (semalam), tetapi dalam sudut semangat juang dan menyerang kami sebenarnya menang." Di sebalik kegagalan Liverpool, masih ada kelab Inggeris yang terselamat dalam aksi semalam dengan gol jaringan lewat permainan Mousa Dembele membolehkan Tottenham menempatkan diri dalam kelompok 16 pasukan terakhir selepas mencatat kemenangan agregat 3-2 ke atas Lyon biarpun seri 1-1 pada perlawanan pertama.
Kelab Inggeris itu akan bertemu kelab Russia, Anzhi Makhachkala pada pusingan berikutnya.
Inter juara Piala Eropah 2010 melepasi halangan menerusi agregat 5-0 selepas mencatat kemenangan 3-0 pada aksi kedua ke atas wakil Romania, Cluj yang beraksi dengan 10 pemain selepas Mario Camora menerima kad merah.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan