Harian Metro: Arena |
Posted: Kuala Lumpur: Status kepulangan mengejut Nazmi Faiz Mansor ke Malaysia masih mencetuskan tanda tanya walaupun pemain berbakat berusia 19 tahun itu seboleh-bolehnya cuba meyakinkan pihak media menerusi sidang akhbar semalam bahawa dia sendiri mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air. "Saya sendiri membuat keputusan ini dan saya juga yang memilih untuk menyertai PKNS FC.
"Jadi khabar angin yang menyatakan saya dipinjamkan ke kelab ini selama enam bulan dan akan kembali semula ke Beira Mar, tidak benar. Saya sudah bebas sepenuhnya daripada Beira Mar dan tak akan kembali ke sana," katanya pada sidang media memperkenalkannya sebagai pemain baru PKNS FC, semalam.
"Apapun, saya fikir keputusan ini terbaik untuk saya. Tiada desakan mana-mana pihak," katanya yang sering diganggu ejennya, Marco Guimaraes apabila pihak media bertanyakan soalan 'panas'.
"Saya rasa kami dijemput ke sini untuk memperkatakan mengenai kelab baru Nazmi, iaitu PKNS dan bukannya Beira Mar, FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) atau sebagainya," katanya.
|
'Isu Nazmi tutup peluang pemain lain' Posted: Brisbane, Australia: Ibarat tikam dari belakang. Itulah perumpamaan tepat yang membayangi kepulangan Nazmi Faiz Mansor ke Malaysia selepas berkelana di Portugal selama tujuh bulan. Pemain SC Beira Mar itu yang pada awalnya mengikat kontrak tiga tahun bersama SC Beira Mar, kembali beraksi dalam kancah bola sepak tempatan apabila tidak sampai setahun berada di kelab divisyen satu itu dan mengikat kontrak bersama pasukan berstatus kelab, PKNS FC.
Justeru, apa berlaku kepada Nazmi itu memberikan pengajaran cukup berguna yang jelas amat pahit untuk ditelan, namun ia bukan bermakna perancangan untuk menghantar pemain Harimau Muda yang lain beraksi di luar negara, terbantut.
Kepulangan perancang tengah itu dilihat 'membunuh bola sepak negara' kerana Nazmi dianggap sebagai seorang pemain berbakat dan dilihat mampu membawa perubahan dan peningkatan kepada skuad negara, terutamanya menjelang misi mempertahankan emas Sukan Sea penghujung tahun ini.
Tindakan Nazmi Faiz itu dikatakan menyebabkan peluang Wan Zack Haikal Wan Nor dan Wan Zaharulnizam Zakaria ke Jepun untuk bersama kelab FC Ryukyu turut terkena tempias. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/03 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan