Harian Metro: Arena |
Posted: Doha: Kekalahan 0-2 di tangan Qatar semalam pastinya bukan penamat kempen kelayakan Piala Asia 2015 buat skuad kebangsaan, namun ketua jurulatih, Datuk K Rajagobal mengaku nasib mereka untuk melepasi halangan peringkat Kumpulan D pasti lebih baik jika dapat mencuri sekurang-kurangnya satu mata ke atas pasukan pilihan itu. Bagi Rajagobal, dengan kesungguhan dipamer anak buahnya pada aksi pertama di Stadium Jassim Bin Hamad Doha itu, mereka sepatutnya tidak pulang tangan kosong.
"Qatar dan Bahrain pasukan pilihan untuk layak daripada kumpulan ini tapi kita akan lihat selepas ini. Kedudukan pasti berubah jika kami meraih keputusan seri hari ini (semalam)," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas perlawanan itu semalam.
Walaupun Qatar tampak lebih baik berbanding Harimau Malaya namun mereka terpaksa mengharapkan gol sepakan percuma Khalfan Ibrahim yang terbias pemain pertahanan negara pada minit ke-54 serta jaringan lewat permainan Yusef Ahmed untuk merekod kemenangan 2-0.
Tiga mata yang dikutip pada perlawanan pertama membolehkan Qatar dan Bahrain menduduki dua tempat teratas kumpulan.
|
Posted: Vina del Mar, Chile: Rafael Nadal melakukan kemunculan semula dalam acara perseorangan selepas rehat tujuh bulan dengan mengalahkan pemain pusingan kelayakan, Federico Delbonis 6-3, 6-2 pada pusingan kedua kejohanan gelanggang tanah liat ATP, semalam. "Saya gembira bermain perlawanan perseorangan selepas sekian lama," kata Nadal. "Saya perlukan masa mengembalikan semula permainan tapi setakat ini perasaan berada di gelanggang amat hebat.
Tendon terkoyak dan radang lutut kiri menyebabkannya terlepas aksi Sukan Olimpik London dan Terbuka AS 2012 manakala jangkitan virus menangguhkan kemunculan semulanya tahun ini.
Dia mendahului selesa 4-0 pada set kedua, bergerak dengan licik di gelanggang tanah liat itu walaupun apabila meluru ke jaring selepas pukulan drop. Dia menamatkan perlawanan selepas 87 minit dengan empat servis ace dan berdepan hanya satu mata 'break'.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan