Jumaat, 8 Februari 2013

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Rekaan tampak eksklusif, bergaya

Posted:

Pakaian pengantin sememangnya menjadi tumpuan hadirin pada majlis perkahwinan. Ketelitian rekaan baju digayakan berserta warna pilihan memastikan raja sehari yang diraikan itu tampil anggun menawan.

Bagi memberi kelainan, Butik Pengantin Nurin Makeover Wedding Kuala Lumpur menyediakan pelbagai rekaan busana pengantin yang menarik sama ada moden atau tradisional.


Pemilik butik berkenaan, Nurin Adlina Basir mengakui amat mementingkan ketelitian terutama apabila menghasilkan rekaan busana pengantin.

"Saya amat menitikberatkan kekemasan setiap perincian. Setiap satu dijahit menggunakan tangan dan kebanyakan idea terhasil secara spontan.


"Walaupun ada busana menggunakan perincian agak sarat, ia masih kelihatan menarik dan tidak keterlaluan sekiranya dipadankan dengan kombinasi aksesori serta penggayaan tudung yang betul," katanya.


Tidak hanya tertumpu kepada pengantin bersaiz kecil, malah mereka yang memiliki bentuk badan berisi juga boleh menggayakan rekaannya dengan mudah.

Nurin Adlina banyak menggunakan kain sifon, sutera sifon, bridal sifon, fabrik jaring dan renda yang digabungkan bersama bagi memastikan rekaan eksklusif dihasilkan lebih mewah dan bergaya. Antara rekaan dihasil-kannya ialah gaun labuh, kebaya pendek dan baju potongan bertingkat disertakan layah meleret bagi bakal pengantin untuk tampil bergaya. Selain itu, padanan warna busana turut disesuaikan dengan perincian manik pada baju.


"Penggunaan warna kontra untuk perincian manik atau sulaman menjadi keutamaan kerana ia boleh menyerlahkan lagi rekaan baju.

"Corak flora menjadi pilihan untuk rekaan perincian pada baju kerana ia mudah dan menarik apabila siap dijahit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09

Pilihan cenderahati istimewa

Posted:

Setiap kali berkunjung ke pusat beli-belah, jika terpandang kedai yang satu ini, pasti kaki penulis akan melangkah masuk.

Bukan tujuan mahu membeli barangannya, tetapi melihat-lihat saja sudah mencukupi. Ini kerana barangan cenderahati yang disediakan di situ amat menarik, comel dan cantik belaka.


Kedai yang dimaksudkan ialah Memory Lane yang menawarkan pelbagai barangan cenderahati sempena majlis hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan pelbagai acara lagi.

Sempena kedatangan hari kekasih tidak lama lagi, Memory Lane turut menyediakan tawaran menarik untuk pelanggan. Tanpa perlu berkunjung ke kedainya juga anda boleh membeli apa yang dihajati menerusi laman web terbarunya di www.memorylane.com.my.


Di situ, pilih saja pelbagai reka bentuk belon, kad ucapan, anak patung, bing-kai gambar dan bermacam-macam lagi untuk dijadikan hadiah sempena hari istimewa itu.


Bukan saja kepada kekasih, hadiah berkenaan turut sesuai diberi kepada ibu tersayang, adik perempuan, kakak, malah ayah sekalipun.

Tambah mudah apabila selesai memilih dan membeli barangan kegemaran, perkhidmatan penghantaran oleh pihak Memory Lane ada disediakan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved