Harian Metro: Hati |
Rekaan tampak eksklusif, bergaya Posted: Pakaian pengantin sememangnya menjadi tumpuan hadirin pada majlis perkahwinan. Ketelitian rekaan baju digayakan berserta warna pilihan memastikan raja sehari yang diraikan itu tampil anggun menawan. Bagi memberi kelainan, Butik Pengantin Nurin Makeover Wedding Kuala Lumpur menyediakan pelbagai rekaan busana pengantin yang menarik sama ada moden atau tradisional.
"Saya amat menitikberatkan kekemasan setiap perincian. Setiap satu dijahit menggunakan tangan dan kebanyakan idea terhasil secara spontan.
Nurin Adlina banyak menggunakan kain sifon, sutera sifon, bridal sifon, fabrik jaring dan renda yang digabungkan bersama bagi memastikan rekaan eksklusif dihasilkan lebih mewah dan bergaya. Antara rekaan dihasil-kannya ialah gaun labuh, kebaya pendek dan baju potongan bertingkat disertakan layah meleret bagi bakal pengantin untuk tampil bergaya. Selain itu, padanan warna busana turut disesuaikan dengan perincian manik pada baju.
"Corak flora menjadi pilihan untuk rekaan perincian pada baju kerana ia mudah dan menarik apabila siap dijahit," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09 |
Posted: Setiap kali berkunjung ke pusat beli-belah, jika terpandang kedai yang satu ini, pasti kaki penulis akan melangkah masuk. Bukan tujuan mahu membeli barangannya, tetapi melihat-lihat saja sudah mencukupi. Ini kerana barangan cenderahati yang disediakan di situ amat menarik, comel dan cantik belaka.
Sempena kedatangan hari kekasih tidak lama lagi, Memory Lane turut menyediakan tawaran menarik untuk pelanggan. Tanpa perlu berkunjung ke kedainya juga anda boleh membeli apa yang dihajati menerusi laman web terbarunya di www.memorylane.com.my.
Tambah mudah apabila selesai memilih dan membeli barangan kegemaran, perkhidmatan penghantaran oleh pihak Memory Lane ada disediakan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan