Harian Metro: Setempat |
Posted: Kuala Lumpur: "Saya minta pihak tidak bertanggungjawab menyiarkan gambar anak saya dalam laman sosial Facebook yang kini tersebar luas kononnya tangan kirinya dipotong kerana didera supaya menarik balik gambar terbabit kerana itu satu pembohongan dan kami tiada kaitan," kata Mohamad Yazwin Mohamad Yasin, 37, yang menyedari gambar anaknya perempuannya, Ameera Danii berusia lapan tahun disalah gunakan sehingga mengaibkan keluarganya. Dia yang menyedari penyebaran gambar anaknya itu selepas diberitahu adiknya semalam berkata, kisah yang dipaparkan dengan tajuk 'Ayah bagilah tangan Ita balik' dengan memuat naik gambar Ameera perbuatan melampau sedangkan anaknya itu tidak pernah mengalami nasib seperti tajuk dipaparkan.
"Dalam kes anak saya ini, tangannya terluka ketika bergayut pada sinki rumah kami pada Ogos tahun lalu selepas sinki itu pecah menyebabkan urat tangan anak saya putus. Kami menghantarnya ke Hospital Ampang Putri untuk menerima rawatan dan Alhamdulillah anak saya terselamat, malah tangan kirinya juga tidak dipotong seperti didakwa dalam cerita yang tersebar itu," katanya ketika hadir membuat aduan di pejabat Harian Metro, semalam.
MOHAMAD Yazwin menunjukan gambar anaknya yang dimuat turun dalam Facebook. "Kemungkinan apa yang dipaparkan dalam laman sosial terbabit yang mendapat komen ratusan orang memang berlaku namun perbuatan menggunakan gambar anak saya adalah tidak bertanggungjawab," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan