Harian Metro: Setempat |
Posted: "Siapa saya...siapa kenal saya?" tanya wanita warga emas berusia 70-an secara tiba-tiba apabila dia dipercayai hilang ingatan selepas mendapatkan rawatan di Unit Pesakit Luar Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru di sini, semalam. Dalam kejadian jam 11 pagi itu, warga emas dikenali sebagai Ah Soi ditemui merayau di sekitar HSA dan gagal mengingati apa-apa berkaitan diri dan tempat tinggalnya.
"Ketika ditanya, Ah Soi langsung tidak dapat mengingati maklumat berkaitan dirinya dan hanya minta dihantar ke taman perumahan di sekitar Johor Jaya.
"Kami dapati Ah Soi datang ke HSA bersendirian. Kami harap waris atau sesiapa yang mengenali wanita ini dapat membantu kami mengesan keluarganya," katanya.
"Wanita itu dibawa ke sini pada jam 3 petang dan kami masih berusaha mengesan warisnya. "Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan wanita itu diminta menghubungi talian 07-3534827/4861," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/02 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan