Harian Metro: Setempat |
Posted: Sepasukan anggota bomba dan penyelamat mengambil masa sejam sebelum berjaya menghalang niat seorang kakitangan sebuah universiti untuk terjun dari tingkat tujuh bangunan 10 tingkat di Jalan Simpang Tiga, semalam. Dalam kejadian itu, mangsa berusia 36 tahun yang dipercayai mengalami masalah keluarga, membuka tingkap dan duduk di tepi koridor bangunan terbabit untuk terjun.
Sumber berkata, kejadian bermula apabila mangsa dikatakan mengalami masalah kelmarin, yang memberi tekanan kepadanya sehingga dia bertindak sedemikian, semalam.
Sementara itu, jurucakap Bomba dan Penyelamat Balai Batu Lintang ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.28 tengah hari.
"Hanya selepas sejam kami berjaya memujuknya sebelum dia diserahkan kepada polis. Lelaki itu dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan lanjut," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan