Harian Metro: Setempat |
Posted: Serdang: Seramai 12 kaki judi nekad terjun ke dalam lombong untuk melepaskan diri selepas kegiatan mereka berjudi dalam sebuah hutan di Taman Damai Utama, Bandar Kinrara 6, diserbu semalam. Namun, taktik mereka itu tidak berjaya selepas beberapa anggota polis turut terjun mengejar kaki judi terbabit sebelum mereka menyerah diri 30 minit kemudian.
Ketua Turus D7 IPK Selangor Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, hasil serbuan itu, polis berjaya menahan 36 kaki judi termasuk seorang wanita yang berusia antara 25 hingga 60 tahun.
KAKI judi yang ditahan dalam serbuan, semalam. Beliau berkata, hasil risikan selama sebulan, polis mendapati kaki judi itu akan berkumpul di kawasan hutan itu pada setiap Isnin. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/26 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan