Harian Metro: Arena |
Jika ada bukti, sabit Artikel 88 Posted: Kuala Lumpur: Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Artikel 88 peraturan 2010-2014 jika Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjaya mendapatkan bukti dalam bentuk rakaman video dan juga suara. Pengerusinya, Datuk Taufek Abd Razak berkata, siasatan kes membabitkan Tengku Mahkota Johor (TMJ) itu sudah dilakukan dan keputusan sudah dicapai jawatankuasa terbabit, namun pihaknya belum menjatuhkan hukuman selagi tidak memperoleh bukti kukuh.
"Kami menyiasat setiap kenyataan yang dibuat dan belum membuat pertuduhan ke atas Presiden Bola Sepak Negeri Johor itu. Kami perlukan bukti kukuh kerana bahan yang ada setakat ini hanyalah menerusi laporan akhbar." Begitupun, ketika ditanya adakah Tunku Ismail akan disabitkan dengan kesalahan melanggar kod etika Artikel 88, jika ada bukti rakaman video atau suara yang mengesahkan TMJ membuat komen terhadap isu pengadil seperti dilapor media, Taufek berkata: "Ya, kalau terbukti dalam 'tape', mungkin boleh disabit Artikel 88, mungkin juga Perkara 4.5.8." Bagaimanapun, FAM bagaikan sengaja melengah-lengahkan pertuduhan terhadap TMJ, tidak seperti pegawai FAM lain dan riak wajah Taufek dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dalam sidang media petang semalam, seolah-olah memohon perkenan beliau (TMJ) terlebih dulu, sebelum menjatuhkan hukuman.
Datuk Taufek Abd Razak |
Posted: Bahau: Buat pertama kali selepas enam tahun penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kampung (JKKK) Bukit Laka, Bahau, satu kejohanan badminton untuk penduduk kampung diadakan di Dewan Yayasan Bakti, Batu Kikir, baru-baru ini. Sebanyak 88 penyertaan diterima bagi empat kategori iaitu perseorangan lelaki terbuka, beregu terbuka lelaki, beregu lelaki veteran dan beregu wanita.
Katanya sejak JKKK ditubukan, beliau berhasrat melihat hubungan penduduk kampung dieratkan dengan aktiviti seumpama itu.
Sementara itu Pengerusi Belia kampung itu, Mohd Shafiq Izrai berkata, pihaknya merancang kejohanan berskala besar pada masa depan berikutan sambutan hebat penduduk.
"Walaupun tiada hadiah menarik disediakan, peserta kelihatan cukup seronok dapat bertemu dengan rakan sekampung berikutan kesibukan tugas masing-masing," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan