Harian Metro: Arena |
Posted: Sepang: Kerajaan masih mengkaji kemungkinan untuk menyambung kontrak Formula Satu selepas kontrak itu tamat pada 2015, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam. "Kami akan menimbangnya dengan serius (mengenai pembaharuan kontrak itu) kerana kami perlu meneliti terma dan syarat dan sebagainya...dan kami akan membuat keputusan apabila tiba masanya," katanya selepas perlumbaan Grand Prix Petronas Malaysia 2013 di Litar Sepang.
"Penganjuran Formula Satu meletakkan Malaysia di peta dunia. Ia membuktikan Malaysia boleh menganjurkan acara bertaraf antarabangsa yang penting ini. Kami mendapat sokongan daripada masyarakat tempatan dan antarabangsa. Jadi, keseluruhannya adalah positif," katanya.
NAJIB melambai kepada penonton di Litar Sepang. Sementara itu, Pengerusi Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) Datuk Mokhzani Mahathir berkata pihaknya berkemungkinan besar akan menyambung semula kontrak Formula Satu yang bakal tamat pada 2015.
"Keputusan ini masih belum lagi diambil buat masa sekarang," katanya, sambil menambah sambutan pada tahun ini lebih meriah berbanding tahun lalu walaupun tidak mencapai sasaran awal yang ditetapkan iaitu 90,000 penonton pada hari perlumbaan. - Bernama Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/25 |
Posted: Seremban: Persefahaman dan gandingan mantap pemain Sri Kasih A membolehkan mereka menewaskan Kilat FC 5-1 untuk menjuarai Kejohanan Futsal 1Malaysia TNB Negeri Sembilan 2013 di Pusat Sukan Paroi, Negeri Sembilan, baru-baru ini. Kejayaan itu membolehkan Sri Kasih A membawa pulang hadiah piala dan wang tunai RM5,000 manakala Kilat FC, RM3,000 dan piala.
Bagi kategori wanita, pasukan PBNS B muncul juara selepas menang tipis ke atas Kirana FC 3-2 untuk meraih trofi dan RM1,000 manakala Kirana FC, RM800 dan ketiga PBNS A, RM500.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan