Ahad, 3 Mac 2013

Harian Metro: Arena


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Peminat tegar di seluruh dunia

Posted:

Siapa yang tidak berasa bangga apabila akhirnya diberi ruang mewakili negara di pentas Olimpik. Ternyata ia satu penantian yang cukup lama dan tentunya istimewa dengan peluang meraih pingat emas turut terbuka.

Sama ada Datuk Nicol David masih berupaya menggalas harapan negara adalah cerita lain tetapi laluan yang dibuka untuk atlet Malaysia mempamerkan kehebatan di temasya Olimpik harus dihargai dan disyukuri.


Delia Arnold, 27 antara yang turut meluahkan harapan untuk skuasy tersenarai dalam acara yang dipertandingkan di Olimpik 2020.

Menurutnya, sudah sampai masanya skuasy dipertandingkan di Olimpik memandangkan sukan itu mempunyai pengikut di seluruh dunia.


"Semua sukan mempunyai peluang untuk dipertandingkan tapi kita perlu berusaha sebaik mungkin bagi memastikan skuasy dipertandingkan di Olimpik 2020," kata pemain yang ketika ini menduduki ranking ke-30 dunia itu.


"Jika skuasy terpilih, ia bagus untuk Malaysia dan secara tidak langsung ia memudahkan kita mencari lebih ramai bakat baru untuk diketengahkan." Malah pemain yang menyertai Wispa sejak berusia 17 tahun memuji usaha dilakukan ratu skuasy negara itu yang tidak pernah jemu mempromosi kempen di seluruh dunia bagi membolehkan sukan itu tersenarai di Olimpik.

Foto

NICOL tak kenal erti penat lobi skuasy ke Olimpik.

"Apa yang dilakukan Nicol menakjubkan. Di sebalik kesibukan menjalani latihan, dia tetap berusaha mendapatkan sokongan daripada atlet antarabangsa.


"Ia bukan satu tugas yang mudah tetapi dia berjaya melakukannya," katanya.

Ditanya sama ada dia juga melakukan pendekatan seperti itu, gadis kelahiran Kuala Lumpur itu juga sanggup menyertai kempen bagi mempromosi skuasy.


"Tahun lalu, kami bersama-sama melakukan tarian 'flash mob' untuk mempromosi skuasy. Saya gembira jika diberi peluang menyertai kempen seperti itu." Pemain muda, Gushan Singh, 18, menganggap skuasy wajar disenaraikan di Olimpik memandangkan ia sukan yang dikenali di seluruh dunia.


"Apatah lagi ia sukan yang menyihatkan kerana memerlukan pergerakan dan tindak balas pantas di gelanggang," kata Gushan yang bermain sejak berusia 10 tahun.


Malah bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil yang pernah meraih naib juara Kejohanan Remaja Asia 2012 turut berharap jika sukan itu tersenarai, harapan untuknya beraksi di Olimpik juga terbuka.


"Saya sanjung usaha dilakukan Nicol yang sanggup pergi ke seluruh dunia demi mempromosi sukan ini dan bertemu dengan ramai atlet antarabangsa termasuk Roger Federer," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/03

Nafsu besar SSTMI

Posted:

Kuala Lumpur: Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI Thunderbolt) menyimpan hasrat besar menjelang final Piala Milo bertemu UniKL Young Guns di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Bukan sekadar mahu menewaskan musuh ketat mereka itu, SSTMI berkira-kira menjulang Piala Milo buat kali ketiga berturut-turut selepas memenanginya pada dua edisi terakhir.


Ketua jurulatih SSTMI, Wan Mohd Roslan Wan Abdul Rahman berkata, itulah impian yang diharapkannya sekali gus melebarkan kekecewaan UniKL.

"Memang kami mahu mencipta hatrik. Kami sudah menang pada 2011 dan tahun lalu dan ini pertemuan keempat kedua-dua pasukan pada final Piala Milo.


"Sudah pasti UniKL memberi saingan sengit dan menurunkan barisan terbaik kerana tidak mahu dikecewakan sekali lagi," katanya.


Bagaimanapun, jelas Wan Mohd Roslan, anak buahnya juga tidak akan memberi laluan mudah kepada UniKL yang kali terakhir memenangi Piala Milo pada 2010.

"Kami juga akan turunkan barisan terbaik dan bermain sebaik mungkin.


"Mujur juga saya tidak berdepan masalah kecederaan pemain dan mudah untuk saya congak strategi apabila bertemu mereka." Selain final antara SSTMI dan UniKL, perlawanan penentuan tempat ketiga menyaksikan pertembungan antara MBI Anderson dan SSTMI Juniors.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/03
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved