Harian Metro: Arena |
Posted: Madrid: Pertahanan Barcelona, Gerard Pique mendakwa pengadil berat sebelah selepas pasukannya dinafikan sepakan penalti pada saat akhir ketika kecundang 1-2 di tangan Real Madrid, kelmarin. Tandukan Sergio Ramos sembilan minit sebelum tamat ternyata menjadi gol kemenangan selepas Karim Benzema dan Lionel Messi menjaringkan gol buat pasukan masing-masing pada babak pertama.
"Kami berkata kepada pengadil bahawa ia jelas di mata kami, namun kami sudah tahu bagaimana perkara ini berlaku. Menentang Real Madrid, jika perlawanan sengit, pasti semuanya berpihak kepada mereka," kata Pique.
Gerard Pique "Namun, jelas kami mempunyai tiga atau empat perlawanan buruk dan ini serius kerana Barcelona perlu sering kali menang." Kemenangan itu juga lebih mengejutkan buat tuan rumah selepas pengurus, Jose Mourinho melakukan tujuh pertukaran pemain berbanding pasukan yang mengalahkan Barca 3-1 pada Piala Raja Sepanyol, Rabu lalu dengan pemain bintang, Cristiano Ronaldo bermula di bangku pemain simpanan.
|
Posted: Dubai: Novak Djokovic meneruskan rentetan kemenangannya kepada 18 perlawanan untuk merangkul kejuaraan Terbuka Dubai kali keempat dalam tempoh lima tahun semalam, sekali gus memantapkan statusnya sebagai pemain terbaik dunia selepas mengalahkan Tomas Berdych 7-5, 6-3 pada aksi final. Pemain Serbia itu tidak kalah sejak Oktober, tidak keciciran sebarang set di Dubai dan dia kini menang semua 13 perlawanan menentang pemain kelompok 10 terbaik sejak Andy Murray menundukkannya pada final Terbuka AS tahun lalu.
"Tomas seorang pemain yang fantastik dan final ini tidak mudah, ia mungkin berlaku sebaliknya," kata Djokovic.
Berdych, yang menyelamatkan tiga mata penamat sebelum mengejutkan Roger Federer pada separuh akhir kelmarin, turut melakukan 'break' pertama pada final itu, mengelirukan Djokovic yang meluru ke depan dengan satu lambungan ke penjuru gelanggang untuk mendahului 3-2.
"Saya memberinya terlalu banyak ruang untuk menguasai mata, itulah puncanya," kata Djokovic.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan