Harian Metro: Rap |
Posted: Nama Siti Elizad Mohd Sharifudin atau mesra dengan panggilan Ejad bukanlah asing dalam bidang lakonan tanah air. Namun, selepas agak lama menyepi diri, kini dia sedia muncul kembali. Apatah lagi, dia sekarang masih keseorangan akibat cinta dijalin tidak kesampaian dan putus di tengah jalan. Sehubungan itu, Ejad berasakan dia perlu aktif dan pastikan dirinya sibuk de-ngan kerja. Ia sedikit sebanyak mampu merawat hatinya yang luka dan lembaran 2013 diharapkan membawa sinar baru dan lebih keceriaan dalam hidupnya. Atas sebab itu, Ejad gembira dia diberi peluang membintangi drama Kerana Lelaki Itu, baru-baru ini.
"Menyedari saya mempu-nyai risiko tinggi menghidap penyakit itu, maka langkah pencegahan diambil sekarang adalah kerap melakukan pemeriksaan kesihatan pada setiap bulan," katanya. Secara kebetulan, Ejad mengalami masalah ketumbuhan 'ovarian cyst' dan sudah menjalani pembedahan tahun lalu. "Saya menjalani pembedahan pada November tahun lalu sebaik saja disahkan doktor terdapat 'ovarian cyst' seberat empat kilogram di saluran peranakan," katanya. Ejad berkata, sebelum itu dia pelik apabila melihat perutnya membuncit, namun hanya memikirkan ia mungkin berpunca akibat dia kerap makan banyak. Bagaimanapun, dia semakin pelik kerana apabila menekan perut pasti ketulan itu bergerak-gerak. Justeru, apabila pemeriksaan kesihatan dibuat, ada kejutan di sebaliknya. "Apapun, saya tetap bersyukur kerana tergerak untuk ke hospital melakukan pemeriksaan. Mujur, tidak terlambat dan masih boleh dibuang lagi. Kini saya masih dalam proses rawatan susulan dan perlu mengambil pil perancang setiap hari untuk tujuan penyusunan semula hormon dalam badan. "Sekarang, saya berhadapan dengan masalah sukar mengawal selera makan. Jadi, sebab itu badan agak naik. Pil itu membuatkan selera makan saya meningkat, " katanya. Ejad berkata, dia dinasihatkan doktor supaya tidak mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat ini hingga dia betul-betul pulih. "Jadi, daripada tidak melakukan apa-apa dan bosan di rumah, lebih baik saya pastikan diri sibuk dengan kerja. Sekurang-kurangnya, saya tidak perlu berasa tertekan," katanya. Menurut gadis berusia 28 tahun ini, dia juga sangat seronok menghabiskan masa berlakon di lokasi peng-gambaran. Ia secara tidak langsung kesibukan kerja itu mampu menjadi terapi buat dirinya untuk pulih segera. "Jika di rumah, saya keseorangan kerana ibu, Nazariah Mohd Salleh sudah meninggal dunia dua tahun lalu. Saya anak perempuan tunggal daripada lima beradik tetapi semua adik-beradik lelaki sudah berkeluarga. "Jadi, sejak kematian ibu, hidup saya jadi kosong dan sunyi. Justeru, tak dinafikan memang keluarga pun mengharapkan saya bertemu jodoh segera," katanya. Sekali pun menanggung perasaan sedih akibat putus cinta tetapi Ejad selesa berpandangan positif. Ujarnya, soal jodoh adalah ketentuan Tuhan, maka sebagai manusia biasa, dia harus bersedia menerimanya dengan hati terbuka. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/01 |
Posted: Permintaan novel untuk diterjemahkan ke drama televisyen atau layar lebar semakin mendapat sambutan dan menjadi 'trend' kepada produser drama dan filem. Penonton juga kini gemar melihat watak yang mereka baca dalam novel dihidupkan dalam drama. Justeru, Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut tidak ketinggalan untuk berkongsi drama bersiri yang diadaptasi daripada novel popular Cinta Kau dan Aku karya Siti Rosmizah terbitan Buku Prima.
Tampil dengan tajuk sama, siri Cinta Kau Dan Aku ini menggandingkan pelakon, Sara Ali dan Fizz Fairuz di samping Mardiana Alwi, Dynas Mokhtar, Syawal AF dan Mustafa Kamal bakal yang sudah menemui penonton dalam slot Arca setiap Khamis dan Jumaat, jam 10.05 malam menerusi TV1. Peminat novel ini pastinya teruja menyaksikan lakonan pelakon kecil molek Sara Ali menghidupkan watak Nur Farisya Iman selain Fizz Fairuz selaku pelakon utama yang membawa watak Farish Hakimi.
Kemiskinan hidup mengakibatkan Risya tidak dapat meneruskan pelajaran ke universiti dan terpaksa membantu ibunya berniaga kecil-kecilan di warung. Kemudian dia mengambil keputusan untuk mengikut temannya, Milah berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai pemandu peribadi kepada majikan Milah iaitu tokoh korporat yang terkenal. Dengan kesungguhannya, Risya berjaya meyakinkan majikannya untuk diterima bekerja. Bagaimanapun tiada siapa menyedari dalam diam Farish Hakimi jatuh hati terhadap Risya dan kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya lelaki itu apabila ibu Risya jatuh sakit, dia segera menghulurkan bantuan kos pembedahan penyakit jantungnya. Rasa terhutang budi dengan lelaki itu membuatkan ibu Risya menyarankan agar Farish Hakimi mengahwini anaknya Risya. Untuk menyaksikan apakah yang berlaku antara Risya dan Farish Hakimi, anda harus mengikuti drama ini hingga akhir. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/01 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan