Sabtu, 30 Mac 2013

Harian Metro: Rap


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Buru pembunuh psiko

Posted:

Dengan status aktres kulit hitam paling berjaya di Hollywood ketika ini bersama sebuah Oscar yang dirangkulnya menerusi Monster's Ball pada Academy Awards 2002, Halle Berry nyata semakin kukuh membina nama.

Wajahnya juga pernah dianggap pelaris bagi filem 'blockbuster' seperti sekuel X-Men iaitu X2: XMen United dan X-Men: The Last Stand serta Catwoman.

Selain itu, Berry pernah muncul sebagai Bond Girl menerusi Die Another Day dan diiktiraf antara gadis Bond paling seksi khususnya dalam babak berbikini jingga di tepi pantai.

Bukan itu saja, kemampuan Berry juga terbukti dengan watak emosi menerusi Gothika dan Perfect Stranger.


Terbaru, dia kembali mencuri perhatian lagi dalam The Call yang cuba membawa penonton melihat keupayaannya dari sisi berbeza.


Berubah selera dengan memilih filem bergenre 'suspense thriller' arahan Brad Anderson yang turut dibintangi Abigail Breslin, Morris Chestnut, Michael Eklund dan Michael Imperioli, The Call mula ditayangkan di seluruh dunia pada 14 Mac lalu.

"Saya memegang watak sebagai Jordan Turner, seorang pegawai operator panggilan kecemasan 911. Untuk menjiwai watak ini, saya sanggup mende-ngarkan semula perbualan suara saya dengan pegawai operator 911 ketika saya menghubungi talian kecemasan 911 beberapa tahun lalu.

"Saya ingin mengingatkan kembali pengalaman paling mendebarkan dalam hidup saya apabila ketika itu rumah saya hampir diceroboh seseorang. Saya begitu panik, maklumlah apa-apa pun boleh berlaku kalau penceroboh itu berjaya masuk ke dalam rumah saya.

"Bagaimanapun, 911 bertindak pantas apabila tidak lama selepas membuat panggilan, polis membuat rondaan, sekali gus mengelakkan pencerobohan berlaku dan menyelamatkan nyawa saya," katanya dalam satu wawancara, baru-baru ini.

Berbalik pada The Call, Berry tidak memainkan peranan sebagai mangsa rompakan, sebaliknya mendukung karakter pegawai operator yang berusaha menyelamatkan mangsa penculikan yang membuat panggilan cemas.

"Menjadikan Jordan lebih tertekan kerana saya mendengar jeritan ketakutan mereka. Ia bermula apabila Jordan berusaha menyelamatkan seorang gadis, Leah yang menjadi mangsa penculikan.

"Sebelum Leah ditemui mati dalam keadaan tragis, dia sempat menghubungi Jordan di talian 911. Dalam detik cemas itu, Jordan tiba-tiba terdail semula nombor telefon Leah lalu menyebabkan pembunuh itu dapat mengesan di mana Leah bersembunyi.

"Jordan sempat merayu kepada penculik berkenaan agar melepaskan Leah. Bagaimanapun, ia sudah terlambat. Sejak itu, Jordan menjadi murung dan diburu rasa bersalah dan trauma.

"Tidak mahu peristiwa sama berulang, dia akhirnya nekad untuk menyelamatkan seorang lagi gadis, Casey, yang menjadi mangsa pembunuh yang sama," kata Berry.

Aktres bertubuh langsing ini berkata, walaupun babak permulaan dalam The Call lebih banyak dibuat dalam bilik operator, ia tetap mencabar kerana filem ini menuntut mainan emosi dan ekspresi wajah yang sangat tinggi. Ini bagi menaikkan 'mood' cemas dan panik di hati penonton.

"Saya juga anggap Jordan pegawai operator yang berani mati apabila dia memutuskan untuk keluar dan membuat pe-nyiasatan sendiri. Saya tidak pasti adakah hal ini pernah berlaku kepada mana-mana pegawai operator 911.

"Sewaktu melakukan pe-nyiasatan itu, saya perlu mempamerkan sudut keberanian Jordan dan pada masa sama menunjukkan keraguan mahupun ketakutannya," kata Berry.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/30
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved