Harian Metro: Setempat |
Posted: Kuala Lumpur: "Saya bukan pelacur. Saya hanya pakai skirt ini dalam kereta, bukan di tempat umum," dakwa seorang lelaki lembut berpakaian wanita selepas ditahan di Tasik Permaisuri, Cheras dalam Ops Bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K), semalam. Difahamkan, pondan berusia 30-an itu baru saja menghadiri sebuah parti khas bersama rakan-rakannya sebelum ke Tasik Permaisuri untuk melepak tanpa menyedari ada sekatan jalan raya dan sebaik ditahan, dia enggan turun dari kereta Perodua Myvi.
Penguasa Penguat Kuasa DBKL Mohd Hisham Izhar berkata, lelaki itu antara enam pondan yang ditahan dalam operasi bermula jam 12 malam hingga 3.30 pagi itu. "Turut ditahan dua lelaki berusia 20-an yang mabuk dan memiliki minuman keras bersama mereka.
LELAKI yang berpakaian wanita diperiksa dalam operasi, semalam. Katanya, turut disita 23 motosikal dan sebuah kereta Perodua Kancil atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan