Harian Metro: Setempat |
Posted: Niat seorang jiran meninjau keadaan satu keluarga yang dirompak enam penjenayah berparang di sebuah taman perumahan di pekan ini bertukar detik mengerikan apabila kepalanya terkena libasan seorang suspek hingga terpaksa menerima tujuh jahitan, kelmarin. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, mangsa, Mohd Hisham Kamal, 39, yang terdengar jeritan ahli keluarga itu berlari ke rumah berkenaan sebelum diserang ahli kumpulan penyamun berkenaan dan menyebabkannya menggelupur kesakitan.
Menurut Hisham, ketika kejadian dia yang berada di dalam kereta bersama isteri dan ahli keluarganya terkejut apabila mendengar jeritan wanita berkenaan. "Pada waktu itu, saya baru pulang membeli barang keperluan di Masjid Tanah dan terus menuju ke rumah jiran sebelum melihat seorang lelaki bertopi keledar berdiri sambil memegang sebilah parang.
Kata beliau, insiden itu turut disaksikan ahli keluarganya yang panik melihat dirinya diserang dua penyamun bersenjata dan dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan lanjut.
"Tiba-tiba terdengar bunyi enjin tiga motosikal di luar bersama enam lelaki bertopi keledar yang meluru masuk ke dalam rumah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/23 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan