Harian Metro: Setempat |
Keasyikan diulit GRO terbantut Posted: Cheras: Keasyikan pelanggan diulit pelayan pelanggan (GRO) warga asing di sebuah pusat hiburan di sini, terbantut apabila premis itu diserbu polis dalam Ops Noda, awal pagi semalam. Sepasukan anggota polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menyerbu premis itu jam 1 pagi selepas mendapat maklumat awam.
"Kami menahan seorang lelaki dipercayai penjaga kelab itu selain lapan wanita warga China serta lima wanita warga Thailand. Ini serbuan ketiga sejak pusat hiburan itu beroperasi.
ANTARA GRO yang ditahan dalam operasi. Menurutnya, polis masih mengumpul maklumat daripada semua yang ditahan selain mengalu-alukan maklumat orang ramai bagi membolehkan pihaknya mengekang kegiatan jenayah serta membanteras pusat hiburan yang sering melanggar syarat ditetapkan.
Sementara itu, Zaili yang ditemui ketika serbuan berkata, operasi dilakukan bagi memastikan pusat hiburan mematuhi syarat lesen dengan tidak membenarkan remaja bawah umur mengunjungi premis itu. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/03 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan