Harian Metro: Arena |
Posted: 14 Apr 2013 10:54 AM PDT Okinawa, Jepun: Impak diberikan pemain muda negara Wan Zack Haikal Wan Noor pada penampilan pertama bersama kelab barunya, FC Ryukyu kelmarin menjadi bualan hangat peminat bolasepak kelab liga divisyen tiga Jepun itu. Ternyata aksi yang dipamerkan bekas pemain Harimau Muda berusia 22 tahun itu ketika membantu FC Ryukyu menewaskan Sagawa Printing SC 2-1 tidak mengecewakan.
"Ramai peminat terkejut apabila Wan Zack Haikal menyatakan dia tidak berpuas hati dengan permainannya kerana beraksi kurang baik sedangkan peminat semua menganggap dia beraksi dengan begitu baik," katanya.
WAN ZACK (kiri) pamer aksi menakjubkan walau gagal jaring gol. Seorang lagi pemain negara, Nazirul Naim Che Hashim tidak diturunkan kerana dilanda kecederaan buku lali kanan ketika latihan.
Menurut Shinoda, selepas permulaan yang baik dipamerkan Wan Zack Haikal kini peminat kelab itu mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripadanya.
|
Posted: 14 Apr 2013 10:48 AM PDT Paris: Jaringan separuh masa kedua Blaise Matuidi sudah cukup buat Paris St Germain melakar kemenangan 1-0 ke atas kelab bawahan liga Troyes dan melebarkan kelebihan 10 mata di kedudukan teratas Ligue 1, kelmarin. PSG, yang mengikat Barcelona 1-1 pada awal pagi Khamis lalu namun tersingkir dalam kancah Liga Juara-Juara menerusi peraturan gol tempat lawan, mempamerkan aksi di bawah tahap sebenar.
"Kami hanya mahu melakukan tugas kami dan kami perlu meningkat. Kami tidak boleh mengulangi persembahan yang dipamerkan pada separuh masa pertama malam ini (kelmarin)." Matuidi mencetus kemenangan dengan menyempurnakan peluang yang jarang diperoleh apabila rembatannya mengatasi penjaga gol Yohann Thuram-Ulien berikutan hantaran silang Gregory Van der Wiel.
Marseille yang mengumpul 52 mata di kedudukan kelima bertandang ke Lille, semalam.
Troyes melakukan beberapa gerakan menarik dan hampir membuka jaringan selepas lapan minit namun sepakan kencang Stephane Darbion sekadar menggegar tiang.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan