Jumaat, 12 April 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Tauke restoran maut ditetak lapan lelaki

Posted: 11 Apr 2013 06:16 PM PDT

Subang Jaya: Seorang pemilik restoran maut manakala tiga lagi parah selepas ditetak lapan lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Batu 14, Puchong di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, P Thangavellu Radhakrishnan, 25, yang juga pemilik restoran maut akibat parah di kepala manakala tiga lelaki lain termasuk dua yang sedang menunggu burger dipesan berhampiran kawasan kejadian turut diserang.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan polis dihantar ke lokasi kejadian.

"Pemeriksaan awal mendapati seorang maut manakala tiga cedera dalam kejadian serangan menggunakan senjata tajam itu. Ketiga-tiga yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Serdang," katanya ketika ditemui pemberita, semalam.


Menurutnya, berdasarkan keterangan saksi, lapan lelaki menaiki dua kereta jenis Proton Waja berhenti di depan restoran mangsa sebelum meluru masuk ke dalam restoran berkenaan.


"Selepas suspek keluar dari restoran itu, mereka turut menyerang pemilik gerai burger dan dua pelanggannya yang berada berhampiran," katanya.

Yahaya berkata, tiada senjata tajam ditemui di lokasi, namun pasukan forensik masih menjalankan siasatan.


"Sehingga kini, kita percaya kejadian bermotifkan dendam ekoran suspek menyerang mangsa dan tiada barang peribadi dilarikan suspek," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa T Paniselvam, 55, berkata, minggu lalu anak lelakinya itu pernah terbabit dalam satu pergaduhan di lokasi sama.


"Mereka bergaduh mengenai kereta dan satu laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian itu. Namun, saya terkejut sebaik mendapat berita tadi (semalam) anak saya mati diserang di dalam restorannya.


"Saya percaya anak lelaki saya itu diserang orang yang sama," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Difahamkan, mangsa menetap di Batu 18 Puchong bersama keluarga dan sudah setahun menjalankan perniagaan di restoran itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/12

Dipaksa teguk racun

Posted: 11 Apr 2013 05:33 PM PDT

Sitiawan: Bukan saja diculik dan wang RM60,000 disamun, malah badan seorang lelaki turut dikelar sebelum dipaksa minum racun sehingga mati.

Demikian nasib kontraktor, Ong Tee Kong, 53, angkara perbuatan kejam empat penjenayah sebelum dia disahkan meninggal dunia jam 9.05 malam kelmarin.

Sumber polis berkata, kejadian bermula dengan Ong ditahan empat lelaki terbabit ketika dia menunggang motosikal berhampiran Ayer Tawar sebelum dibawa ke sebuah tokong di Sungai Wangi, di sini, Selasa lalu.

Menurutnya, dalam kejadian jam 4 petang itu, suspek merampas RM60,000 dibawa mangsa sebelum dia diseksa di dalam tokong.

Foto

LEE (kanan) dan anaknya, menunjukkan kertas wasiat yang sempat ditinggalkan suaminya selepas dipaksa meminum racun.

Foto

ONG


"Difahamkan, penjenayah mengelar dada dan badan mangsa berulang kali dengan pisau. Mangsa yang berlumuran darah dibawa ke kawasan perkuburan berhampiran sebelum dipaksa minum racun berwarna hijau dan dibiarkan menggelupur.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/12
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved