Jumaat, 12 April 2013

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Ringkas tetapi kaya nilai material

Posted: 12 Apr 2013 09:10 AM PDT

Rekaan mewah dan memikat mengambil inspirasi daripada rona keemasan sebagai asas, pereka muda Saiful Sin berimaginasi menghasilkan busana perkahwinan bertemakan sentuhan Golden Splendour 2013, bagi menyerlahkan unsur magis, klasik dan eksklusif untuk penggayaan pengantin.

Konsep emas yang menjadi tulang belakang rekaan digambarkan dalam lima busana indah berlainan potongan, tetapi masih menggunakan warna senada.

Bijak bermain dengan warna, Saiful memilih palet warna lembut seperti kuning, coklat dan putih digabungkan dengan rona utama emas bagi menimbulkan gaya segar, mewah serta elegan kepada wanita.

Falsafah Saiful mudah ­dengan menganggap perkahwinan sebagai titik mercu hubungan cinta serta melambangkan penyatuan dua hati, malah dia teruja dalam mencari warna tema baru yang bersifat sezaman dan sesuai ­digayakan semua.


"Perkahwinan menandakan kemenangan dua pihak, justeru saya mencari persamaan dalam padanan dengan mengetengahkan warna pastel dan memilih emas sebagai unsur utama," katanya.


Mengambil konsep rekaan adi busana, pereka muda ini memberi tumpuan dalam menstruktur rekaan supaya nampak ringkas, tetapi kaya nilai material dan perincian.

Oleh itu, dia banyak menerapkan hasil kerja menerusi perincian manik halus pada bahagian tertentu seperti leher, dada, hujung baju dan tangan dengan kerlipan mutiara, kristal swarovski dan manik gantung yang disusun secara sarat, tetapi terkawal bagi menyerlahkan nilai ekslusif bagi setiap helaian.

Hasil kerja yang teliti pada sulaman dan jahitan manik menambah kekemasan pada busana menjadikannya ada nilai tersendiri.

Selain itu, pemilihan warna malap yang cuba diketengahkan Saiful memberi kelainan kepada mempelai yang terbiasa dengan busana berwarna terang dihiasi manik mewah.

Bagi Saiful, setiap tahun dia ingin menampilkan keunikan tersendiri bukan saja pada ­rekaan dan potongan, tetapi warna serta pilihan perincian.

"Dalam setiap rekaan, ­selain mainan warna saya selalu mengingatkan supaya memberi tumpuan pada ­potongan kerana ia menjadi asas ­utama yang akan ­menyerlahkan gaya wanita ketika bersanding.

Jika dulu, gaun labuh ­menjadi pilihan, tetapi saya cuba ­menampilkan blaus ala Saloma dipadankan kain dengan menambah perhiasan tali ­pinggang dan manik bagi menyerlahkan penampilan," ujarnya.

Dengan terhasilnya ­Golden Splendour, bermakna Saiful berjaya merealisasikan idea baru, segar dan menawan dalam penggayaan busana ­pengantin di Malaysia, ­sekali gus menonjolkan keserian ­bersama unsur kemewahan dalam meraikan hari bahagia.

"Bagi wanita, apa juga ­pilihan rekaan, warna serta potongan haruslah menyerlahkan keanggunan sebagai raja sehari selain menampilkan kejelitaan mereka," jelasnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13

Koleksi dipenuhi aura romantik

Posted: 12 Apr 2013 09:00 AM PDT

Pemilihan gaya terkini dalam rekaan fesyen sememangnya menjadi ikutan gadis muda. Bagi mereka yang menggemari rekaan mewah klasik, pasti tidak akan melepaskan peluang mendapatkan gaya terbaru daripada pereka terkemuka.

Sempena musim bunga kali ini, jenama pakaian terkemuka Farah Khan mengetengahkan pengaruh grafik seni bina unik serta bermotifkan bunga-bungaan sebagai nafas baru kepada rekaan terkininya.

Bentuk gaya semula jadi dan struktur baju digabungkan dengan tanda pengenalan pembayang metalik label berkenaan berserta perincian buatan tangan yang menyerlah.

Koleksi kali ini dipenuhi aura romantik dan pola corak pada baju pula dijalin penuh mahir dengan lengkungan, garisan abstrak dan bentuk organik bunga-bungaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved