Khamis, 25 April 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Kejutan gigitan Suarez

Posted: 24 Apr 2013 11:39 AM PDT

LONDON: Penyerang Liverpool, Luis Suarez digantung 10 perlawanan oleh Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris atas kesalahan melakukan keganasan dengan menggigit pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic.

Suarez menerima pertuduhan melakukan keganasan selepas insiden yang berlaku dalam perlawanan Liga Perdana di Anfield yang berkesudahan seri 2-2, namun mempersoalkan pandangan FA bahawa dia patut digantung lebih daripada 3 perlawanan atas kesalahannya.

Suruhanjaya Bebas yang bersidang di London semalam untuk membuat keputusan mengenai tempoh penggantungan sesuai buat penyerang antarabangsa Uruguay itu menambah tujuh perlawanan sebagai tambahan kepada tiga yang lazimnya dijatuhkan untuk kesalahan melakukan keganasan.

Penggantungan berkuat kuasa serta-merta bermakna Suarez akan terlepas empat aksi perlawanan terakhir dan enam perlawanan pertama liga musim depan.

Liverpool, yang terkejut dengan keputusan berkenaan, mempunyai masa sehingga Jumaat ini untuk membuat rayuan. - Reuters

Foto

INSIDEN yang menyebabkan Suarez digantung 10 perlawanan

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/25

Guru, 2 anak maut

Posted: 24 Apr 2013 11:39 AM PDT

Mersing: "Kali terakhir saya bertemu empat mangsa tiga hari lalu, apabila arwah anak membawakan nasi dan tomyam untuk makan malam bersama sebelum memberitahu mereka semua akan ke Johor Bahru.

"Bagaimanapun, saya tidak menyangka itu kali terakhir saya menemui arwah anak dan dua daripada tiga anaknya sebelum mereka terbunuh dalam kemalangan," kata Noriyah Imman, 79, ibu Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Anjung Batu Abd Razak Pid, 44, yang maut bersama dua anaknya dalam kemalangan di Kilometer 33 Jalan Mersing-Kota Tinggi, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, Proton Iswara dipandu Abd Razak bersama tiga anaknya, Adibah Taqqiah, 14, Afiqah Ihsanniah, 11 dan Alimul Helmi, 9, dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru ke Mersing sebelum dipercayai hilang kawalan lalu bertembung sebuah trak tunda.

Akibat pertembungan itu, Abd Razak yang juga duda, Adibah dan Afiqah meninggal dunia di tempat kejadian manakala Alimul Helmi patah tangan kanan dan dikejarkan ke Hospital Mersing untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Foto

NORIYAH (berkerusi roda) tidak dapat menahan kesedihan ditenangkan ahli keluarga.


"Saya tidak sangka itu makan malam terakhir kami ketika dia datang ke rumah saya di Taman Sri Pantai, dekat sini, sebelum mereka maut dalam kemalangan itu. Ketika itu, arwah anak hanya memaklumkan akan ke Johor Bahru untuk menghadiri kursus ditemani tiga anaknya itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/25
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved