Khamis, 25 April 2013

Harian Metro: Rap


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Advertorial: Mampukah Star Trek Into Darkness Memenuhi Jangkaan?

Posted: 24 Apr 2013 04:37 PM PDT

Kejayaan filem 'Star Trek' empat tahun lalu memberi jaminan kepada para Trekkies yang kisah penggembaraan Kapten James T. Kirk dan teman-teman lepasan Akademi Starfleet-nya dapat diteruskan di layar perak. Tetapi pada masa yang sama, kejayaan tersebut bermakna pengarah J.J. Abrams perlu menghasilkan satu kesinambungan yang menjangkau jangkaan pengkritik, penonton serta peminat tegar Star Trek.

Abrams sedar dia perlu meneroka dengan lebih mendalam setiap aspek filem itu dari pengupasan watak dan jalan cerita. Kapal Enterprise perlu diperbesarkan, dimana penonton dapat melihat panjang dan keluasan kapal dari anjungannya ke Turbo Plaza, Med Bay sehinggalah Bilik Transporter. Dunia baru perlu dibina.

Malah untuk membawa kisah 'Star Trek' ke sempadan baru, Abrams membuat keputusan merakamkan filem tersebut menggunakan gabungan IMAX dan 'anamorphic 35mm' sebelum hasilnya ditayangkan dalam 3D.

Baginya, filem yang dirakam menggunakan IMAX mempunyai kebolehan menarik penonton ke dalam filem tersebut. Belum lagi melihat filem penggembaran angkasa dipersembahkan dalam format sebegini, ia membuka ruang seluas-luasnya untuk dia mencuba. Lebih-lebih lagi cerita Star Trek yang mengetengahkan pertempuran epik, pemandangan memukau planet-planet asing dan aksi-aksi mendebarkan.


"Penggunaan IMAX memberi gambaran betapa besarnya skala cerita itu bukan saja di angkasa tetapi di Bumi dan di atas kapal Enterprise. Ditambah pula beberapa set kami lebih menegak dari mendatar. Kami menggunakannya untuk merakam planet Nibiru di awal filem, planet asal Klingon, Kronos dan di penghujung filem untuk babak kejar-mengejar sekitar bandar San Francisco. Akhirnya kami tetapkan jika ia penggambaran luar, kami akan menggunakan IMAX, dan 'anamorphic 35' untuk penggambaran dalam," jelas Abrams.


Meskipun 'Star Trek Into Darkness' sebuah filem imaginasi dan fantasi, Abrams sebanyak mungkin cuba mengurangkan penggunaan skrin hijau dan CG kerana inginkan hasil yang lebih intim dan realistik.

"Tidak mungkin kita dapat menghasilkan sebuah filem dengan judul 'Star Trek' dan tidak mempunyai elemen skrin hijau. Tetapi salah satu perkara yang telah kami teruskan dari filem pertama adalah untuk mencari lokasi atau membina set bila perlu untuk menghasilkan sebuah dunia yang rasanya tidak sintetik tetapi benar-benar wujud.

"Namun begitu, apa yang lebih penting adalah untuk menceritakan satu kisah yang menarik dan penuh emosi. Cabaran terbesar Kirk, Spock, Uhura, Bones, Scotty, Sulu dan Chekov bukan saja kuasa jahat yang telah memusnahkan Starfleet tetapi persoalan jika mereka dapat bergantung pada satu sama lain dan sejauh manakah kepercayaan di antara mereka. Dan bagi Kirk, apa yang bermula sebagai satu misi dendam menjadi pencarian untuk maksud sebenar di sebalik gelaran kapten," ujar Abrams.

Tarikh Tayangan Di pawagam 16 May 2013 (3D)

VIDEO:

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/25

Sedia tambah ahli keluarga

Posted: 24 Apr 2013 07:55 AM PDT

Kontroversi nakal yang pernah berselirat dalam diri pelakon dan pengacara Khaidirah Abu Zahar setahun lalu sudah dikambus dalam-dalam. Memetik kata-kata wanita yang mesra disapa Dira ini, cerita hitam dia dikaitkan dengan satu pergaduhan itu sudah dibuang jauh-jauh.

Hari ini katanya, dia sudah belajar dan mahu menjadi lebih baik. Malah, sisi peribadi mahupun kerjayanya makin seimbang dan menyeronokkan wanita berusia 29 tahun ini.

Bercakap mengenai kebahagiaan, Dira yang meniti tahun kedua perkahwinannya dengan jurukamera dan pengarah filem Mohd Helmi Mohd Yusof mengakui dia kini melayari perjalanan hidup yang membahagiakan.

Malah, pada tahun ini dia juga sudah bersedia untuk menambahkan bilangan ahli keluarga seiring dengan usia perkahwinannya yang semakin stabil.


"Pada tahun pertama dulu, memang saya dan suami ambil pendekatan untuk jalani kehidupan secara relaks. Ketika itu, kami lebih cuba mendekati dan mengenali satu sama lain sebelum memikirkan soal perancangan keluarga.


"Terlalu banyak perkara yang kami lalui selain isu kontroversi, kami juga berpindah rumah, saya sambung belajar dan kami baru memulakan operasi syarikat produksi sendiri.

"Jadi, pada tahun ini kami rasa semakin stabil dan sudah bersedia untuk mengembangkan keluarga," katanya kepada RAP, baru-baru ini.

"Pada tahun pertama perkahwinan, memang kami sengaja tangguhkan dulu hasrat untuk menimang anak, tetapi kini kami sudah bersedia. Secara peribadi, saya memang berharap dikurniakan anak tahun ini tetapi buat masa ini belum ada lagi.

"Tidak kisahlah lambat atau cepat kerana tiada apa yang perlu terburu-buru. Yang penting, saya akan terus berdoa," katanya.

Selain keluarga, ibu kepada Tengku Anggun Deandra, 6, iaitu anak hasil perkahwinan pertamanya itu berkata, kehidupan peribadinya sebagai anak seni dan siswa Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing (Limkokwing) dalam bidang Sarjana Filem Digital dan Televisyen juga berjalan lancar.

"Tahun lalu, kehidupan saya agak berserabut dan kelam-kabut kerana banyak perkara baru yang dijalani seperti perkahwinan, pengajian dan perniagaan yang baru bermula tetapi kini ia semakin menyeronokkan.

"Pengajian saya di Limkokwing yang memasuki semester tiga memang menyeronokkan. Kini saya sedang cuti semester selama sebulan, jadi dapatlah saya berikan tumpuan pada kerjaya," katanya.

Susulan kesibukan urusan keluarga dan peribadi, Dira mengakui dia kurang aktif berlakon pada tahun lalu sehingga menimbulkan salah faham umum kononnya dia menyepikan diri dan tidak laku selepas kontroversi pergaduhan setahun lalu.

"Saya senyap kerana sibuk dengan urusan pengajian dan keluarga. Tiada kaitan dengan kes kontroversi itu pun. Orang salah anggap kerana secara kebetulan selepas insiden itu, saya mendiamkan diri dan beralih pada urusan peribadi seolah melarikan diri," katanya.

Bagi Dira, biar apa pun persepsi yang timbul, memang bukan mudah untuknya memulihkan salah faham yang timbul.

Justeru, aktres filem Chow Kit ini lebih senang mengambil pendekatan untuk membisu tanpa perlu bersusah-payah untuk menjelaskan cerita sebenar.

"Untuk betulkan persepsi orang bukan kerja mudah. Kalau boleh ubah baguslah tetapi apa pun persepsi yang timbul, biarlah begitu kerana saya tidak akan mencanang ke sana sini semata-mata untuk menjelaskan keadaan yang sebenar.

"Saya tiada masa untuk itu semua kerana ia tidak menguntungkan atau menjejaskan saya secara menyeluruh. Biarlah keadaan reda secara semula jadi," katanya.

Setahun juga lamanya Dira tenggelam timbul di persada seni lakon susulan kes itu. Hari ini, dia bertekad untuk bangkit dan mencorak perjalanan seninya semula.

"Kali terakhir saya berlakon dalam drama bersiri ialah dua tahun lalu dalam drama Cinta Dalam Hati. Selepas kontroversi itu, macam-macam hal timbul.

"Kebetulan, saya pula sambung belajar selepas itu jadi secara tidak langsung kurang aktif dalam lakonan kerana sibuk dengan jadual pengajian," katanya.

Berlakon drama bersiri selepas dua tahun

Dira mengakui pembabitannya sebagai bintang utama drama bersiri Dahlia yang kini disiarkan di Astro Mustika HD (saluran 134) bagaikan proses kelahiran semula.

Jelasnya, selepas dua tahun lebih dia tidak mengambil sebarang komitmen drama bersiri, kini dia kembali kerana kekuatan watak dan plot drama arahan Pali Yahya itu.

"Drama ini menawarkan watak Dahlia yang kuat pada personaliti dan emosi. Ia dekat dengan diri saya dan tidak keterlaluan saya sifatkan sebagai sebuah karya yang bagus dengan jalan cerita menarik.

"Ramai yang sangka saya menyepi dan tidak berlakon lagi, jadi drama ini adalah jawapan kepada kehilangan saya sebelum ini," katanya yang masih menjalani penggambaran drama bersiri 40 episod itu.

Bercerita lanjut Dira berkata, pengalaman digandingkan buat julung kali dengan aktor dan penerbit kacak Hans Isaac dalam drama itu adalah sesuatu yang istimewa.

"Pada awalnya, saya berasa begitu kerdil apabila digandingkan dengan nama-nama besar Hans dan Faizal (Hussein), tetapi ia adalah cabaran untuk saya berikan lakonan sehabis baik.

"Saya bertuah kerana dapat berlakon dengan mereka yang sudah dianggap seperti abang. Saya boleh bergantung harap pada mereka untuk berbincang dan mendapat bimbingan mereka dalam menjayakan drama itu," katanya yang bakal muncul dengan filem Lari pada Jun depan.

Drama terbitan Global Station Sdn Bhd itu kini disiarkan pada setiap Isnin hingga Rabu bermula 22 April pada jam 10 malam di saluran Mustika HD
Ia mengisahkan konflik rumah tangga seorang wanita bernama Dahlia lakonan Dira.

Selepas 10 tahun berkahwin dengan Razman (Hans Isaac), dia baru mendapat tahu suaminya mempunyai hubungan sulit dengan teman baiknya ketika zaman kolej, Haliza (Raja Ilya).

Atas desakan Haliza, Dahlia dan Razman bercerai dan harta sepencarian mereka dimanipulasi Razman termasuklah hak penjagaan dua anak mereka.

Kemusnahan perkahwinan dan kehilangan hak penjagaan anak membuatkan Dahlia bertekad untuk membuktikan dia tidak mudah untuk diperdaya oleh Razman.

Apa yang bakal berlaku dalam kehidupan baru Dahlia selepas.itu bertitik-tolak daripada kebangkitannya dengan bantuan Fuad (Faizal Hussein).

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/24
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved