Sabtu, 6 April 2013

Harian Metro: Rap


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Rap


Terharu ramai yang sayang

Posted:

Sekilas pandang, tiada apa perubahan mendadak pada penyanyi tampan berlesung pipit dari seberang ini. Afgansyah Reza atau Afgan, 23, bukannya nama asing kerana popularitinya baik di Indonesia mahupun di sini memang melambung.

Bermula dengan lagu hit Terima Kasih Cinta, dia menawan segenap pendengar dengan keunikan dan kemerduan vokal hebatnya. Tidak hairanlah juga di negaranya, bakatnya diagungkan dan pengiktirafan demi pengiktirafan dituai jejaka ini.

Meskipun sukar buatnya mencuri ruang untuknya melakukan aktiviti lain apabila terpaksa berulang-alik dari Jakarta ke sini, penuntut kolej Monash University, Bandar Sunway ini bagaikan tidak kenal erti penat.

Namun siapa tahu, pergolakan perasaan serta tekanan yang dihadapi Afgan gara-gara populariti yang diterima, dia masih mampu bertahan biarpun gerak-gerinya sentiasa jadi tumpuan umum.


Tidak terkecuali menerima tempias kontroversi, kebebasan untuk berkeliaran di tempat umum hingga kisah cinta, bagaimana agaknya pemuda itu mengawal emosinya serta menenangkan diri.


Afgan ketika ditemui mengakui ada masa-masanya dia akan berhadapan situasi sedemikian dan kadang-kadang buntu untuk memikir jalan penyelesaian terutama yang membabitkan hal peribadi. Ia tidak mudah, namun dia beruntung kerana sentiasa dikelilingi orang tersayang.

"Berada pada kedudukan ini, sudah pasti umum sentiasa memerhatikan saya hingga menyentuh ruangan peribadi. Saya juga tidak pernah terlepas daripada rasa tertekan, namun berusaha mengambilnya daripada sisi positif.

"Jika saya terlalu memikirkan mengenainya, pasti diri sendiri tewas kepada emosi dan berbalik kepada peluang yang diberikan peminat terutama untuk saya sehingga kini, itu sebenarnya sudah melebihi segalanya.

"Tuah buat saya juga, di saat-saat menghadapi pelbagai dugaan yang besar, keluarga juga sentiasa di sisi menyokong dan membantu mengatasi semua itu. Saya cukup gembira kerana tidak lekang dikelilingi orang-orang yang menyayangi serta sangat mengambil berat mengenai saya," katanya.

Bukan sekadar menitikberatkan karier nyanyian, Afgan sememangnya turut mementingkan pelajaran dan bakal menamatkan pengajiannya dalam masa terdekat, dia berjanji mahu melanjutkan pelajaran ke tahap tertinggi lagi selepas ini.

"Bagaimanapun, saya tidak merancang untuk kembali belajar dalam masa terdekat kerana selepas tamat di Monash University nanti, saya mahu fokus kembali kepada karier nyanyian.

"Album baru pun sudah dilancarkan dan saya bercadang untuk menghasilkan sebuah album lagi sebelum melanjutkan pelajaran kelak. Yang pasti, selepas ini saya mahu menyambung pengajian dalam bidang muzik," katanya yang bakal muncul dengan album baru pada tahun hadapan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/06
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved