Jumaat, 19 Julai 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Hadiah terakhir untuk ibu

Posted: 18 Jul 2013 11:58 AM PDT

Alor Setar: "Arwah sudah membeli dua helai jubah dan kasut untuk menyambut Aidilfitri nanti serta membeli sofa baru untuk ibunya sehari sebelum Ramadan lalu menggunakan gaji pertamanya.

"Tak sangka Alia akan pergi buat selama-lamanya apatah lagi di bulan puasa ini, tetapi kami sekeluarga reda dengan pemergiannya," kata Rokiah Abu Bakar, 73, nenek kepada Noralia Norazizan, 20, yang maut selepas motosikal ditungganginya dipercayai merempuh Proton Wira diletakkan di bahu jalan berhampiran persimpangan lampu isyarat Sungai Mati, Langgar, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Simpang Kebun 500, Jabi, dekat sini, untuk ke tempat kerjanya di taska Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Difahamkan, motosikal ditunggangi mangsa dipercayai merempuh bahagian kanan belakang Proton Wira di bahu jalan berhampiran persimpangan lampu isyarat itu menyebabkan mangsa terpelanting sejauh 10 meter dari tempat kejadian.

Foto

ANGGOTA polis mengangkat jenazah Noralia selepas digilis kenderaan berhampiran lampu isyarat Sungai Mati, Langgar, semalam.


Mangsa dipercayai digilis kenderaan dari arah sama di lokasi kejadian menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian perut dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/18

Jeritan terhenti

Posted: 18 Jul 2013 11:57 AM PDT

Labuan: "Saya memecahkan cermin tingkap, tetapi gagal menemui ibu kerana asap tebal. Saya terus menendang pintu bilik ibu, tetapi gagal masuk kerana api sudah marak.

"Saya ketuk pula pintu bilik adik, tetapi hanya terdengar jeritannya sebelum terhenti," kata Zulkifli Abd Hamid, 40, yang kehilangan ibu dan adik dalam kebakaran rumah mereka di Kampung Rancha-Rancha Darat, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian itu, warga emas, Napsiah Mohd Kasim, 76, dan anak lelakinya, Helmi Abdul Hamid, 36, ditemui rentung sebaik api berjaya dipadamkan pasukan bomba, kira-kira jam 4 pagi.

Zulkifli yang tinggal di tingkat bawah rumah dua tingkat itu berkata, sejak hari pertama berpuasa, dia tidak pernah lupa mengetuk pintu rumah didiami ibu dan adiknya di tingkat atas supaya bersahur bersama.

Foto

ANGGOTA bomba menyiasat kebakaran rumah di Kampung Rancha-Rancha Darat, awal pagi semalam.


"Tetapi, pelik kerana hari ini (semalam) saya seperti lupa berbuat begitu. Selepas selesai bersahur, saya keluar ke beranda untuk menghisap rokok lalu terdengar pekikan kuat sebelum menyedari cahaya terang di bahagian atas rumah ibu," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/19
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved