Jumaat, 12 Julai 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Sindiket curi kereta tumpas

Posted: 11 Jul 2013 12:37 PM PDT

Petaling Jaya: Satu sindiket curi kereta tumpas dengan tertangkapnya empat suspek termasuk ketua kumpulan berusia 24 tahun dalam dua serbuan berasingan pada 26 Jun dan pagi kelmarin serta merampas 12 kereta dengan nilai rampasan lebih RM240,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Fadil Marsus berkata, serbuan pertama dilakukan sebaik dua lelaki berusia 20-an dan 40-an ditahan unit kereta peronda yang terserempak dengan sebuah kereta Proton Satria GTI dipandu dalam keadaan mencurigakan pada 26 Jun lalu.


"Hasil penahanan itu, seorang suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan pergaduhan. Mereka ditahan reman bagi membantu siasatan.

"Selepas itu, hasil soal siasat, polis merampas 10 kereta masing-masing tiga Perodua Kancil, tiga Proton Wira, dua Proton Satria GTI dan satu Nissan Almera serta Nissan Cefiro," katanya dalam sidang media di IPD Petaling Jaya, semalam.


Fadil berkata, susulan itu, pihaknya menjalankan serbuan di sebuah rumah di Pelangi Utama, Damansara, kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin dan menahan dua lagi lelaki berusia 24 dan 27 tahun.


"Turut dirampas dua kereta iaitu Proton Perdana dan Satria. Semua kereta yang dirampas dilapor dicuri dan disamun di sekitar Petaling Jaya dan daerah berhampiran," katanya.

Foto

KENDERAAN curi yang dirampas disimpan di IPD Petaling Jaya.

Katanya, kedua-dua suspek itu masing-masing mempunyai lima dan enam rekod jenayah lampau membabitkan dadah.


Beliau berkata, empat suspek yang ditahan adalah penganggur dan hasil ujian air kencing, tiga daripadanya positif dadah.

Menurutnya, usaha mengesan saki-baki kumpulan terbabit sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/12
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved