Harian Metro: Setempat |
Posted: 11 Jul 2013 12:37 PM PDT Petaling Jaya: Satu sindiket curi kereta tumpas dengan tertangkapnya empat suspek termasuk ketua kumpulan berusia 24 tahun dalam dua serbuan berasingan pada 26 Jun dan pagi kelmarin serta merampas 12 kereta dengan nilai rampasan lebih RM240,000. Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Fadil Marsus berkata, serbuan pertama dilakukan sebaik dua lelaki berusia 20-an dan 40-an ditahan unit kereta peronda yang terserempak dengan sebuah kereta Proton Satria GTI dipandu dalam keadaan mencurigakan pada 26 Jun lalu.
"Selepas itu, hasil soal siasat, polis merampas 10 kereta masing-masing tiga Perodua Kancil, tiga Proton Wira, dua Proton Satria GTI dan satu Nissan Almera serta Nissan Cefiro," katanya dalam sidang media di IPD Petaling Jaya, semalam.
KENDERAAN curi yang dirampas disimpan di IPD Petaling Jaya. Katanya, kedua-dua suspek itu masing-masing mempunyai lima dan enam rekod jenayah lampau membabitkan dadah.
Menurutnya, usaha mengesan saki-baki kumpulan terbabit sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/12 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan