Khamis, 18 Julai 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Taktik lapuk tak jadi

Posted: 17 Jul 2013 11:45 AM PDT

Kuala Lumpur: Beberapa lelaki warga asing yang bekerja sebagai pembantu dan jurujual tanpa permit di bazar Ramadan di Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman cuba menyamar sebagai pelanggan selepas premis itu diserbu Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIWPKL), kelmarin.

Namun, taktik mereka tidak menjadi berikutan wajah mereka sudah dikenal pasti penguat kuasa berkenaan yang menjalankan intipan sejak seminggu lalu dalam Operasi Jaja yang dilakukan bagi membanteras aktiviti perniagaan membabitkan warga asing bekerja sebagai pembantu gerai dan jurujual termasuk pemilik yang menggaji mereka.


Penolong Pengarah Imigresen/Ketua Bahagian Penguat kuasa JIWPKL James Musa Singa berkata, dalam operasi yang dijalankan mulai jam 12 tengah hari hingga 11 malam itu pihaknya menahan dua warga Bangladesh, dua warga Indonesia dan seorang warga Pakistan berusia 17 dan 45 tahun.

"Bagaimanapun, operasi itu bukan saja untuk menahan pekerja warga asing ini, malah turut menyasarkan majikan yang mengupah warga asing terbabit secara haram dan hasilnya, seorang lelaki Indonesia berusia 36 tahun dan berstatus Penduduk Tetap (PR) yang dipercayai menggaji pekerja asing tanpa pas sah turut ditahan.


"Operasi Jaja ini sudah dijalankan sejak 11 Julai lalu dengan diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Bahagian Penguat Kuasa Mohd Zamry Mohd Nor, bersama 12 anggota dan akan diteruskan sepanjang Ramadan ini di tapak bazar Ramadan sekitar ibu negara," katanya.


James berkata, warga asing terbabit kebanyakan didapati bekerja di bazar Ramadan yang menjual juadah berbuka puasa, malah turut membantu menjual kelengkapan hari raya seperti baju, kuih dan barang perhiasan. "Dua warga asing ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen masuk dan tinggal di Malaysia secara haram. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali dan enam sebatan.

Foto

WARGA asing yang ditahan kerana bekerja di bazar Ramadan tanpa permit sah.

"Manakala, tiga lagi warga asing ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas atau permit. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/18
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved