Harian Metro: Setempat |
Posted: 03 Sep 2011 10:25 AM PDT PORT DICKSON: "Saya tidak menyangka bungkusan hitam yang dililit pada ekzos kereta itu adalah bahan letupan," kata wanita dikenali sebagai Siti, 40-an, yang terkejut selepas cubaan meletupkan keretanya di Batu 1/2, berdekatan PD Walk, di sini, kelmarin. Siti berkata, dia meninggalkan kereta bersama anak lelakinya berusia 14 tahun di tanah lapang dan pergi melakukan urusan bank tidak jauh dari situ.
"Mulanya saya menyangka ia bungkusan biasa, namun apabila membeleknya, saya hairan melihat dawai dililit kemas pada batang ekzos.
"Kereta ini baru saya beli sebulan lalu dan saya tidak tahu motif orang yang meletakkan bahan itu.
Sementara itu, anak lelaki mangsa yang enggan dikenali memberitahu, sepanjang 30 minit dalam kereta, dia tidak melihat kelibat manusia melalui atau meletakkan sesuatu pada kereta.
|
Budak 5 tahun lemas jatuh terusan Posted: 03 Sep 2011 10:14 AM PDT SANGLANG: "Arwah suruh saya belikan bunga api tetapi saya tidak bagi, tak sangka pula arwah pergi ke kedai secara senyap-senyap," kata Jasmi Ludin, 39, bapa kepada Syabil Syakirin, 5, yang lemas dipercayai terjatuh ke dalam terusan selepas gagal mengawal basikal ditungganginya di Kampung Masjid, Kuala Sanglang, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 2.30 petang, mangsa dikatakan keluar dari rumah di Taman Sri Sanglang, di sini, 500 meter dari tempat kejadian untuk membeli bunga api di sebuah kedai berhampiran terusan itu.
"Saya tidak sangka dia keluar senyap-senyap dengan menunggang basikal. Kebetulan sebelum kejadian itu, kakaknya, Nursyifaa, 8, perasan adiknya tiada di rumah, menyebabkan kami semua pergi mencarinya di sekitar rumah tetapi tidak menemuinya.
Beliau berkata, dia bergegas ke klinik itu sebelum doktor mengarahkannya menghantar arwah ke Hospital Tunku Fauziah (HTF), Kangar untuk tindakan susulan.
Sementara itu, saksi kejadian, Kamarudin Othman, 48, berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan ke kedai runcit berdekatan rumah dan menemui sebuah basikal di atas jambatan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan