Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 19 Oct 2011 10:29 AM PDT JOHOR BAHRU: Untuk memastikan wanita dicintai menjadi milik mereka biarpun si dia sudah berkahwin, ada lelaki tidak kisah mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk membayar wang tebus talak. Mungkin ada menganggap perbuatan itu ibarat `membeli isteri orang' namun bagi lelaki dan wanita terbabit, itu bukan persoalan penting kerana segala urusan dilakukan mengikut prosedur termasuk proses di mahkamah. Berkongsi pengalamannya, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Normah, 31, mengaku teman lelakinya membayar RM20,000 kepada mahkamah untuk kos tebus talak bagi mengesahkan perceraiannya dengan bekas suami. Normah berkata, selepas diceraikan dia terus berkahwin dengan teman lelakinya itu dan kini mereka bahagia sebagai suami isteri.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 19 Oct 2011 10:26 AM PDT JASIN: "Saya terkejut kerana ketika cuba masuk ke lorong kecemasan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman dan melihat sebuah bas terbabas ke kanan jalan," kata pemandu treler, Aziz Romzi Sarkam, 42. Dalam kejadian jam 2.30 petang semalam, dua penumpang termasuk wanita sarat mengandung lima bulan cedera, manakala 14 penumpang lain tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan treler di Kilometer 186.7 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) berhampiran Plaza Tol Lipat Kajang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, bas berkenaan membawa 16 penumpang dengan empat daripadanya ke Singapura dan selebihnya ke Johor Bahru, manakala treler itu dari Kuala Lumpur menghala ke Johor Bahru.
Che Suza berkata, siasatan awal mendapati pemandu bas dikenali sebagai Raja Chandran berusia 40-an dari syarikat Jebat Ekspres itu dipercayai cuba memotong di sebelah kanan jalan, sebelum terlanggar belakang treler terbabit yang ketika itu sedang bergerak perlahan ke lorong kecemasan.
"Akibat rempuhan kuat itu, seluruh dinding bahagian kanan badan treler ini rosak teruk dan termasuk ke dalam bas, manakala bas ekspres berkenaan pula rosak di bahagian kiri depannya," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan