Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 05 Nov 2011 11:49 AM PDT KUALA TERENGGANU: Dia gadis pandai tetapi diuji Tuhan dengan sepasang kaki istimewa yang terlalu rapuh hingga patah hampir 50 kali, menyebabkannya tidak lagi boleh berjalan. Akibat kekurangan itu, Nurul Fatihah Hashim, 16, kini menjadi pemalu dan kurang keyakinan diri, sedangkan dulu dia murid cerdik dengan pencapaian 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mengekalkan keputusan baik dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.
Selain Fatihah, dugaan ini sebenarnya turut dikongsi bapanya, Hashim Omar, 53, abangnya, Asrul, 23, dan pasangan kembarnya, Mohd Syafiq, 16, cuma masalah Fatihah paling kronik.
"Mulanya malu juga namun lama-kelamaan saya tidak peduli, cuma kakak yang masih malu mungkin kerana keadaan kakinya semakin teruk sejak kami membesar.
Syafiq mewarisi penyakit tulang rapuh daripada Ha- shim, menyebabkan organ kakinya patah tidak kurang 20 kali hanya kerana tersepak tunggul, tersepak kaki sendiri, terhentak, jatuh kerusi roda atau tersilap duduk dan akibatnya betisnya membengkok. Lebih memburukkan keadaan, kulitnya turut sensitif dan luka jika terkena seluar dipakai.
|
Posted: 05 Nov 2011 11:49 AM PDT MENGHIDUPKAN watak Zaiton Sameon menerusi filem biografi, Zaiton Ceritaku, satu tanggungjawab besar buat Nadia Aqilah, apatah lagi nama itu bukan calang-calang dalam arena seni suara tanah air. Pelantun lagu Menaruh Harapan dan Kabut Serangkai Mawar itu pernah menjadi bualan hangat masyarakat baik perihal keberanian, kehebatan vokal, kontroversi yang mengiringi kembara seninya mahupun tragedi yang meragut segala kemasyhuran yang dikecapi. Tawaran yang hadir bagaikan bulan jatuh ke riba. Biarpun pada awalnya tertekan memandangkan masa untuk melakukan persediaan terlalu pendek, kepercayaan yang diberikan produksi dan pengarah menyuntik keyakinan dalam dirinya untuk menzahirkan harapan yang ingin disampaikan Zaiton kepada masyarakat ke layar perak. "Zaman kemuncak Zaiton, saya baru berusia tiga tahun. Tak sangka apabila berumur 26 tahun, saya terpilih untuk melakonkan wataknya.
"Sikap terbukanya membuatkan saya rasa sangat selesa untuk berbincang dan bertanya apa saja yang saya kurang faham," katanya.
"Lebih menyedihkan, masyarakat seakan-akan menghukumnya, malah ramai hilang kepercayaan dengan keupayaannya.
"Biarpun melalui kehidupan yang sangat menyedihkan, dia masih teguh berdiri dan meletakkan harapan tinggi supaya diterima menyanyi semula di atas pentas. Bagi saya dia 'bionic woman'. "Penderitaan yang dilaluinya tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan