Ahad, 6 November 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


PPM bantah program Seksualiti Merdeka 2011

Posted: 05 Nov 2011 10:38 AM PDT

MELAKA: Lebih 20 ahli Pertubuhan Belia Pemikir Muda (PPM) negeri hadir ke Balai Polis Melaka Tengah, dekat sini, bagi membuat laporan terhadap penganjuran Program Seksualiti Merdeka 2011.

Presidennya, Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, laporan berkenaan dibuat sebagai tanda bantahan pertubuhan itu terhadap Seksualiti Merdeka yang disifatkan bertentangan dengan undang-undang negara.


Katanya, tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menganjurkan program berkenaan.

"Program ini dipercayai membabitkan penganjuran daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan juga Majlis Peguam serta bekas presidennya, Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai satu daripada 10 individu yang dikatakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar terbabit dalam penganjuran.


"Program ini tidak sesuai dan bertentangan dengan udang-undang negara kerana kerajaan mempunyai undang-undang terhadap seks di luar tabii.


"Malah, adat resam dan agama bukan hanya Melayu dan Islam, tetapi semua agama menentangnya," katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis di sini, semalam.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengarahkan program berkenaan dihentikan serta-merta sebelum tindakan diambil terhadap penganjurnya dan peserta program.


Seksualiti Merdeka 2011 adalah program yang dianjurkan oleh gabungan NGO, artis, aktivis dan individu bagi meraikan hak asasi manusia membabitkan pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina.

Pengisian program yang diadakan sejak 2008 itu termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan dijadual berlangsung 9 hingga 13 November ini.


Program itu dipromosikan melalui laman web www.seksualitimerdeka.org bertujuan mempertahankan hak golongan gay, lesbian, biseksual, interseks dan transgender supaya diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Penyakit keturunan yang diwarisi

Posted: 05 Nov 2011 10:26 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Penyakit ini jarang berlaku di negara Asia termasuk Malaysia, malah di dunia jumlahnya sangat rendah," kata Perunding Pembedahan Ortopedik Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen ketika mengulas penyakit tulang rapuh atau istilah saintifiknya Osteogenesis Imperfecta (OI) yang dialami Nurul Fatihah Hashim, 16, dan tiga lagi ahli keluarganya.

Beliau berkata, penyakit berkenaan tidak boleh diubati dan kekal hingga ke akhir hayat pesakit.


Katanya, OI adalah sejenis penyakit gangguan yang diwarisi daripada keturunan, ia menyebabkan tulang cepat rapuh tanpa sebab tertentu hingga menyebabkan pesakit mengalami kecacatan fizikal.

"Kelainannya terletak pada perubahan struktur dan fungsi kolagen peringkat pertama, iaitu kolagen utama pada tulang, dentin, sclera, dan ligamen.


"Akibatnya, individu yang terbabit akan memiliki tulang rapuh disertai gangguan pembentukan dentin (bahagian gigi), sclera berwarna biru dan ligamen yang sangat lentur," katanya.


Yong berkata, ada beberapa jenis OI, bermula paling berat iaitu patah tulang sejak lahir, hingga paling ringan, menyebabkan tulang patah terjadi saat individu mulai berjalan.

"Jika ibu bapa mempunyai genetik ini, 50 peratus anak mereka akan turut mewarisinya. "Namun ada juga kes meskipun kedua-dua ibu bapa tidak mempunyai baka ini, gen si anak boleh berubah dengan sendiri akibat mutasi, menyebabkannya menghidap OI.


"Setakat ini tiada kajian menyatakan penyakit ini mampu disembuhkan. Tiada juga ubat-ubatan mampu menyembuhkan penyakit ini selain mengambil vitamin D sebagai makanan tambahan," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Beliau berkata, bagi tujuan keselesaan, keluarga yang mempunyai ahli keluarga dijangkiti OI dinasihatkan mengubah struktur dalam rumah bagi memberi laluan dan kemudahan lebih sempurna.


"Biasanya, pesakit OI hanya duduk di kerusi roda atau jalan mengengsot. Untuk itu, buatlah persekitaran lebih fleksibel untuk mereka supaya mudah melakukan aktiviti harian seperti individu lain," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved