Harian Metro: Setempat |
PPM bantah program Seksualiti Merdeka 2011 Posted: 05 Nov 2011 10:38 AM PDT MELAKA: Lebih 20 ahli Pertubuhan Belia Pemikir Muda (PPM) negeri hadir ke Balai Polis Melaka Tengah, dekat sini, bagi membuat laporan terhadap penganjuran Program Seksualiti Merdeka 2011. Presidennya, Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, laporan berkenaan dibuat sebagai tanda bantahan pertubuhan itu terhadap Seksualiti Merdeka yang disifatkan bertentangan dengan undang-undang negara.
"Program ini dipercayai membabitkan penganjuran daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan juga Majlis Peguam serta bekas presidennya, Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai satu daripada 10 individu yang dikatakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar terbabit dalam penganjuran.
Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengarahkan program berkenaan dihentikan serta-merta sebelum tindakan diambil terhadap penganjurnya dan peserta program.
Pengisian program yang diadakan sejak 2008 itu termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan dijadual berlangsung 9 hingga 13 November ini.
|
Penyakit keturunan yang diwarisi Posted: 05 Nov 2011 10:26 AM PDT KUALA LUMPUR: "Penyakit ini jarang berlaku di negara Asia termasuk Malaysia, malah di dunia jumlahnya sangat rendah," kata Perunding Pembedahan Ortopedik Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen ketika mengulas penyakit tulang rapuh atau istilah saintifiknya Osteogenesis Imperfecta (OI) yang dialami Nurul Fatihah Hashim, 16, dan tiga lagi ahli keluarganya. Beliau berkata, penyakit berkenaan tidak boleh diubati dan kekal hingga ke akhir hayat pesakit.
"Kelainannya terletak pada perubahan struktur dan fungsi kolagen peringkat pertama, iaitu kolagen utama pada tulang, dentin, sclera, dan ligamen.
"Jika ibu bapa mempunyai genetik ini, 50 peratus anak mereka akan turut mewarisinya. "Namun ada juga kes meskipun kedua-dua ibu bapa tidak mempunyai baka ini, gen si anak boleh berubah dengan sendiri akibat mutasi, menyebabkannya menghidap OI.
Beliau berkata, bagi tujuan keselesaan, keluarga yang mempunyai ahli keluarga dijangkiti OI dinasihatkan mengubah struktur dalam rumah bagi memberi laluan dan kemudahan lebih sempurna.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan