Jumaat, 9 Disember 2011

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


10 Mat Rempit kepung ND Lala

Posted: 08 Dec 2011 02:19 PM PST

KUALA LUMPUR: "Sukar digambarkan perasaan saya ketika lebih 10 Mat Rempit mengelilingi dan mengepung kereta dengan motosikal mereka sambil menjerit mengarahkan saya keluar.

"Ketika cermin kereta dipecahkan, saya menunduk dan menutup muka dengan tangan kerana takut dicederakan mereka."

Demikian kata penyanyi dan pelakon, ND Lala ketika menceritakan kejadian dia disamun manakala kereta BMW miliknya dirosakkan sekumpulan Mat Rempit di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang, di sini, awal pagi semalam.

ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 50, berkata sebelum kejadian pada jam 3.40 pagi itu, dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Cheras selepas berjumpa prospek bagi menerangkan mengenai kursus perniagaan dianjurkannya.


"Saya singgah di stesen minyak itu dan selepas ke tandas, saya masuk semula ke dalam kereta sebelum membuka telefon untuk membaca SMS.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Temui ajal bersama petai

Posted: 08 Dec 2011 02:19 PM PST

BALING: Tindakan seorang warga emas mencari petai untuk dijadikan ulam berakhir dengan tragedi apabila dia ditemui mati dipercayai terjatuh dari pokok berkenaan, petang kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 4 petang ketika mangsa, Othman Ismail, 68, memanjat pokok petai setinggi 10 meter itu di Kampung Sungai Batu, di sini.


Dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh penduduk bersama beberapa ikat petai berhampiran pokok berkenaan.

Anak mangsa, Faridah Othman, 43, berkata, arwah menetap bersama dua adik lelakinya, Abd Razak, 40, dan Md Radzi, 29, di Kampung Banggol Wan Matt A, di sini, dikatakan keluar rumah kira-kira jam 3.30 petang.


Menurutnya, mereka tidak membenarkan mangsa keluar jauh dari rumah kerana dia tidak begitu sihat tetapi mereka tidak menyedari arwah berjalan sejauh kira-kira satu kilometer ke kampung berhampiran untuk memetik petai.


"Memang kami terkejut apabila dimaklumkan penduduk kampung berkenaan bahawa mereka menemui arwah terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di bawah pokok petai bersama beberapa ikat petai di sebelahnya," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Katanya, beberapa penduduk setempat terjumpa arwah terbaring di bawah pokok petai semasa mereka membersihkan kawasan berkenaan.


"Mereka mendapati arwah sudah meninggal dunia dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Baling untuk tindakan lanjut," katanya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Banggol Wan Matt, dekat sini, semalam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan berkata, mangsa ditemui penduduk di bawah pokok petai kira-kira satu kilometer dari rumahnya.


Menurutnya, siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved