Jumaat, 9 Disember 2011

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Inspirasi empat kota dunia

Posted: 09 Dec 2011 06:03 AM PST

TAMPIL menyerlah dengan himpunan koleksi Cheap and Chic musim luruh dan sejuk 2011/2012, Moschino jenama yang dihasilkan pada 1983 oleh Franco Moschino hadir dengan gaya anggun dan menawan inspirasi daripada empat kota terkemuka dunia Milan, London, Paris dan New York.

Pengarah Kreatif Rossella Jardini nyata kreatif dalam menzahirkan idea dan kreativiti pada lakaran fabrik yang diterjemahkan pada setiap persalinan ketika pertunjukan fesyen dan pembukaan butik mewah Moschino di Suria KLCC baru-baru ini.

Malah pengalaman dalam menghasilkan rekaan bersempena Sukan Olimpik musim sejuk pada 2006 di Turin serta menaja padanan selebriti terkenal Kylie Minogue dan siri jelajah Madonna Sticky & Sweet memberi peluang berharga kepada Jardini dalam menzahirkan rekaannya.

Moschino kini berada dalam kedudukan penting di pentas peragaan antarabangsa, lengkap dengan sejarah tersendiri, konsisten dalam kesinambungan menghasilkan padanan daripada himpunan Love dan Cheap and Chic yang menjadi tanda kepada gaya anggun dan moden masa kini.


Sejak 1994, Rossella Jardini bertanggungjawab membina imej serta mengekalkan pendekatan gaya dan falsafah hidup selepas kematian penciptanya Franco Moschino pada 18 September 1994. Kini hasil kepakarannya Moschino membina label jenama yang gah di seluruh dunia.


Untuk koleksi sedia pakai Cheap and Chic 2011/2012 Jardini menghasilkan rekaan daripada empat bandar termasyhur dunia. Bermula dengan kota persinggahan fesyen terkemuka Milan, setiap padanan hadir dengan palet klasik dan konservatif namun masih mengekalkan gaya moden masa kini. Menyerlah dengan kot dan jaket pada padanan gaun yang diberi perincian manik dan sekuin berkilau. Warna-warna diterjemahkan sebagai latar kepada suasana bandar. Bagi Milan, jenama ini memilih rona dominan seperti kuning air dan krim yang nyata boleh digayakan untuk setiap acara.

Seterusnya Jardini mengadaptasi inspirasi gaun singkat dengan cetakan telefon bagi menyerlahkan kemodenan kota London yang menjadi pusat fesyen terkemuka dunia. Setiap padanan gaun serta skirt diperkemaskan dengan fabrik kain bulu berkilau serta berbulu untuk gaya musim sejuk. Mengambil inspirasi rona merah tanda berani.

Paris yang terkenal dengan Menara Eiffel dipindahkan pada lakaran gaun singkat penuh gaya. Bukan saja pada pakaian malah cetakan eksklusif ini juga hadir pada beg sandang yang tentunya sinonim dengan gaya ringkas dan menyerlah. Seluar denim dipadankan jaket, serta baju berbulu menambah keanggunan wanita.

Himpunan Cheap and Chic seterusnya berlabuh di New York dengan rekaan jaket dipadankan blaus untuk gaya sporty dan ranggi. Menyerlah dengan rona putih, hitam dan ungu pada jaket, blaus dan denim yang pastinya menambah gaya chic wanita.

Semua koleksi sedia pakai Moschino Cheap & Chic kini boleh didapati di butik Moschino seluruh negara.

Full content generated by Get Full RSS.

Uniqlo sudah ada 3 cawangan

Posted: 09 Dec 2011 04:59 AM PST

DALAM diam rupanya sudah setahun gedung pakaian jenama popular dari Jepun, Uniqlo berada di Malaysia yang menyambut ulang tahun pertamanya awal November lalu.

Bermula dengan pembukaan gedung di pusat beli belah Fahrenheit 88 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 4 November 2010, tahun ini ia mengembangkan sayap ke Suria KLCC dan One Utama dengan keluasan bagi kemudahan pelanggan.

Pendahulu pakaian kasual ini bukan saja menawarkan fesyen terkini yang berkualiti tinggi malah ia sesuai untuk semua orang tanpa mengira peringkat umur pada harga berpatutan.

Antara rangkaian terbaru di Uniqlo One Utama yang dibuka pada awal November lalu ialah koleksi kreatif UT (kemeja-T bercetak) dan barangan kempen.


Berkeluasan 2,003 meter persegi, cawangan dua tingkat ini menempatkan koleksi untuk wanita di aras bawah dan untuk lelaki di aras satu.


Apa yang menarik, pembukaan gedung Uniqlo di One Utama yang dijadualkan pada jam 10 pagi terpaksa dibuka lebih awal kerana lebih 800 peminat jenama ini sudah beratur panjang di depan pintu sejak jam 8 pagi lagi! Barisan yang panjang ini berterusan hingga jam 5 petang.

Berikutan perasmian gedung Uniqlo terbesar di dunia di 5th Avenue, New York beberapa hari sebelum pembukaan cawangan di One Utama, kini koleksi baru UT seperti Hello Kitty, MoMA dan Grameen boleh didapati di Malaysia.

Bagi yang tercari-cari pakaian untuk memanaskan badan, tetapi masih selesa digayakan di negara beriklim tropika seperti negara kita, bolehlah mencuba jaket Ultra Light Down, baju daripada rangkaian Heat Tech (dibuat daripada fabrik yang menyerap kelembapan badan dan menghasilkan haba) serta koleksi kemeja T dari MoMA X UT.

Jika mahukan kelainan, barisan kemeja T 'Message Art Now' dan Hello Kitty tersedia untuk dipilih. Jika kena pandai memadankan penampilan, anda bukan saja nampak comel malah lebih bergaya.

Sempena ulang tahun pertama ini, pelbagai tawaran menarik menanti pengunjung kerana Uniqlo akan memberikan beg tote percuma bagi setiap pembelian melebihi RM200.

Selain itu ia juga mengadakan tawaran eksklusif pada setiap hujung minggu yang akan berakhir 29 Disember ini. Keterangan lanjut, boleh layari www.uniqlo.com/my/store untuk mengetahui kedudukan cawangan Uniqlo dan halaman peminat di Facebook bagi pemberitahuan terkini mengenai promosi mingguannya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved