Jumaat, 9 Disember 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Sarjan parah kena rempuh

Posted: 08 Dec 2011 03:26 PM PST

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat sarjan cedera ringan selepas dirempuh seorang lelaki warga Indonesia yang cuba lari daripada sekatan jalan raya kerana membawa peralatan menghisap syabu di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke), berdekatan Plaza Tol Sentul Pasar, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, anggota berkenaan dari Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K) bersama anggota lain serta pegawai dan anggota daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan tugas di sekatan jalan raya sempena Ops Pra Perayaan di lorong motosikal lebuh raya berkenaan.


Ketua Unit Kuatkuasa Khas Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid berkata, ketika pemeriksaan, sebuah motosikal yang ditunggang lelaki terbabit memasuki kawasan sekatan dan dia diberi arahan untuk memberhentikan motosikalnya di tepi.

"Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak mengendahkan arahan sebaliknya memecut motosikalnya ke arah anggota berkenaan sebelum merempuhnya.


"Rempuhan itu menyebabkan anggota berkenaan jatuh dan cedera ringan manakala lelaki terbabit ditahan anggota lain selepas bergelut," katanya, di sini.


Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki berusia 32 tahun itu berasal dari Indonesia dan dipercayai berada di bawah pengaruh dadah jenis syabu.

Katanya, pemeriksaan lanjut di dalam beg sandang suspek menemui beberapa peralatan untuk menghisap dadah dipercayai miliknya.


Lelaki terbabit dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, dalam operasi bermula jam 3 hingga 6.30 petang, 29 motosikal disita atas kesalahan penunggang tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.


Selain itu, polis mengeluarkan 40 saman manakala JPJ mengeluarkan 105 saman dan notis arah periksa kenderaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Ahli perniagaan pancit tayar rugi RM100,000

Posted: 08 Dec 2011 03:23 PM PST

SEREMBAN: Suasana di sebuah stesen minyak di S2 City Park, Seremban 2, di sini, gempar seketika apabila wang milik seorang ahli perniagaan bernilai RM100,000 lesap dilarikan penyamun bersenjata yang memecahkan cermin kereta ketika mangsa mengisi angin tayar kenderaannya, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 2 petang itu, lelaki berusia 30-an berkenaan baru mengeluarkan wang itu daripada sebuah bank di daerah ini untuk urusan perniagaan.


Mangsa yang memandu kereta BMW bersendirian berhenti minum di sebuah restoran sebelum pulang ke rumahnya di Seremban 2.

Sumber berkata, mangsa dimaklumkan orang awam yang melihat satu daripada tayar keretanya itu pancit.


"Berikutan itu, mangsa segera menuju sebuah stesen minyak berdekatan untuk mengisi angin tayarnya.


"Ketika mengisi angin dalam hujan renyai, mangsa terkejut apabila dihampiri sebuah kereta yang nyaris melanggarnya.

"Tidak lama kemudian, beberapa individu dipercayai bertopeng dan bersenjatakan parang keluar daripada kenderaan berkenaan seolah-olah mahu menuju ke arah mangsa," katanya di sini, semalam.


Menurutnya, mangsa yang ketakutan melarikan diri dan meninggalkan keretanya termasuk wang di dalam sebuah beg di tempat duduk penumpang. "Penjenayah terbabit memecahkan cermin di sebelah tempat penumpang itu dan mengambil beg berkenaan lalu melarikan diri," katanya.

Kata sumber itu, mangsa tidak cedera dan membuat laporan di balai polis berdekatan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.


Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian itu diminta menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6014999 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved