Harian Metro: Setempat |
Posted: 08 Dec 2011 03:26 PM PST KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat sarjan cedera ringan selepas dirempuh seorang lelaki warga Indonesia yang cuba lari daripada sekatan jalan raya kerana membawa peralatan menghisap syabu di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke), berdekatan Plaza Tol Sentul Pasar, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 6 petang itu, anggota berkenaan dari Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K) bersama anggota lain serta pegawai dan anggota daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan tugas di sekatan jalan raya sempena Ops Pra Perayaan di lorong motosikal lebuh raya berkenaan.
"Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak mengendahkan arahan sebaliknya memecut motosikalnya ke arah anggota berkenaan sebelum merempuhnya.
Katanya, pemeriksaan lanjut di dalam beg sandang suspek menemui beberapa peralatan untuk menghisap dadah dipercayai miliknya.
Sementara itu, dalam operasi bermula jam 3 hingga 6.30 petang, 29 motosikal disita atas kesalahan penunggang tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.
|
Ahli perniagaan pancit tayar rugi RM100,000 Posted: 08 Dec 2011 03:23 PM PST SEREMBAN: Suasana di sebuah stesen minyak di S2 City Park, Seremban 2, di sini, gempar seketika apabila wang milik seorang ahli perniagaan bernilai RM100,000 lesap dilarikan penyamun bersenjata yang memecahkan cermin kereta ketika mangsa mengisi angin tayar kenderaannya, semalam. Difahamkan, dalam kejadian jam 2 petang itu, lelaki berusia 30-an berkenaan baru mengeluarkan wang itu daripada sebuah bank di daerah ini untuk urusan perniagaan.
Sumber berkata, mangsa dimaklumkan orang awam yang melihat satu daripada tayar keretanya itu pancit.
"Tidak lama kemudian, beberapa individu dipercayai bertopeng dan bersenjatakan parang keluar daripada kenderaan berkenaan seolah-olah mahu menuju ke arah mangsa," katanya di sini, semalam.
Kata sumber itu, mangsa tidak cedera dan membuat laporan di balai polis berdekatan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan