Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 18 Oct 2012 04:28 PM PDT Oleh Kalidevi Mogan, Nurul Ekhwan Haque Fazalul Haque, Norul Awatif Romli dan Mohamad Naufal Mohamad Idris SHAH ALAM: "Saya hanya nampak kawasan itu dipenuhi habuk selain mendengar jeritan pekerja," kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, 62, antara saksi awal kejadian anjung sebuah banglo dalam pembinaan dianggarkan berharga RM3 juta yang runtuh, di sini, semalam, menyebabkan seorang pekerja warga Indonesia terbunuh. Kejadian kira-kira jam 4.20 petang di Jalan Jed Satu 7/5A, Seksyen 7 itu turut menyebabkan lima lagi pekerja parah, seorang daripadanya putus kaki. Beliau yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, ketika kejadian dia sedang membaca akhbar di rumahnya yang terletak berhadapan banglo yang runtuh itu. "Tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi runtuhan yang kuat. Sebaik melihat dari tingkap, saya terkejut selepas mendapati sebahagian bumbung rumah sedang dibina di depan rumah saya runtuh," katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19 |
Posted: 18 Oct 2012 04:28 PM PDT SUNGAI BULOH: "Tiada apa yang mampu saya katakan selain daripada gembira dan berasa lega kerana bayi lelaki kami yang dilarikan lima lelaki sejak dua hari lalu dipulangkan kembali malam tadi," kata Nay Soe Aung, 29, bapa Mikalithu yang dilarikan sekumpulan penyamun di Taman Saujana Akasia, di sini Rabu lalu. Ketika kejadian jam 10.30 malam kelmarin itu, dia bersama isterinya, Cho Cho Tun, 33, warga Myanmar berada di tingkat dua rumah sewa mereka apabila tiba-tiba dimaklumkan rakan sekerja ada dua lelaki berada di depan rumah dan mahu memulangkan semula bayinya. Menurutnya, dia bersama isteri kemudian bergegas turun sebelum mendapati dua lelaki sedang memegang bayinya sebelum mereka menyerahkan kepada isterinya. "Ketika itu, saya lihat ada sebuah kereta bersama beberapa lelaki di dalamnya berada di hadapan rumah kami dan hanya dua lelaki yang turun untuk menyerahkan bayi saya itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan