Rabu, 12 Disember 2012

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Makin rumit, makin mahal

Posted: 12 Dec 2012 10:18 AM PST

JIKA sebelum ini ada antara mereka tidak mampu membeli keperluan anak seperti lampin pakai buang, namun kemahiran menjahit nyata melakar perubahan dalam kehidupan masing-masing.

Apa tidaknya, setiap peserta program komuniti, Caltex Sew4Life, berpeluang menjana pendapatan lumayan seterusnya memperbaiki taraf ekonomi masing-masing.

Kemahiran menjahit dalam menghasilkan pelbagai produk seperti pakaian dan perhiasan rumah, digunakan sebaik mungkin oleh mereka untuk menjana pendapatan bagi membantu seisi keluarga.

Bagi suri rumah, Yusniza Saad, 35, yang mempelajari jahitan tudung dan manik melalui program berkenaan, kemahiran itu banyak membantu perbelanjaan keluarga apabila dia berjaya menjana keuntungan RM400 hasil jualan tudung secara dalam talian hanya dalam tempoh sebulan.


"Untuk mendapatkan pendapatan, saya menjahit tudung bermanik mengikut gaya terkini dan memasarkannya secara dalam talian. Ramai yang berminat termasuk ada yang menempah tudung yang sama.


"Saya sangat berpuas hati kerana berpeluang menyertai program ini kerana sekiranya tidak, saya tidak akan tahu bagaimana jahitan manik dibuat apatah lagi menjualnya kepada pelanggan.

"Program ini menjadikan saya lebih bersemangat dan berkeyakinan tinggi untuk menghasilkan lebih banyak produk tudung dan menjadi usahawan berjaya dalam bidang ini. Saya bangga kerana selepas sekian lama, saya mampu membeli sendiri lampin pakai buang dan susu anak," katanya.

Bagi peserta Mariana Abdullah, 35, kemahiran menjahit manik membuka peluang kepada dirinya meraih pendapatan melalui perkhidmatan menjahit manik kepada sesiapa yang berminat.

Dia akui, jahitan manik mampu memberi pendapatan yang lumayan sekiranya ia dibuat bersungguh-sungguh kerana bukan semua orang pandai menghasilkan jahitan manik yang cantik dan kemas.

"Saya mengambil upah menjahit manik dan setakat ini ramai yang sudah meminta bantuan saya untuk menjahit manik pada baju kurung mereka. Upahnya mengikut harga manik itu sendiri dan jenis corak jahitan.

"Semakin rumit coraknya, semakin mahal upahnya. Apa yang bagus mengenai program ini, ia bukan sekadar memberi kemahiran menjahit, malah turut membekalkan kemahiran keusahawanan kepada peserta supaya kami mampu menjalankan perniagaan menggunakan kemahiran yang ada," katanya.

Bagi suri rumah, Aniza Sanusi, 43, program berkenaan memberikan banyak manfaat kepadanya dan peserta lain kerana mereka mendapat tunjuk ajar daripada guru berpengalaman, seterusnya belajar cara menjahit yang kemas dan teliti.

Pertama kali menyertai program seumpamanya, dia sangat berpuas hati dengan segala tunjuk ajar dan bantuan yang diberikan dan berharap Caltex Sew4Life dapat diteruskan bagi membantu lebih ramai wanita seperti dirinya.

"Memandangkan kami bukan orang senang, program berkenaan turut menyediakan pengangkutan untuk mengambil dan menghantar kami ke kelas menjahit yang dikendalikan tujuh guru jahitan.

"Semua peserta berpeluang belajar pelbagai teknik menjahit mengikut minat masing-masing. Namun sekiranya setiap jahitan dapat disiapkan dengan cekap dan pantas, peserta berpeluang belajar jahitan yang lain pula.

"Program ini memberikan kami peluang dan kemahiran yang mungkin tidak akan kami peroleh sekiranya tiada program seumpama ini dijalankan," katanya.

Menurut ibu kepada empat anak itu, dia belajar kemahiran menjahit sarung kusyen, baju dan tudung sepanjang program dijalankan.

Kemahiran yang ada itu kini digunakan sebaik mungkin untuk menjana pendapatan selain berkongsi pengetahuan berkenaan dengan wanita lain di kawasan kediamannya.

"Saya kini mengajar pula kemahiran ini kepada wanita lain yang berminat.
Lagipun saya tidak bekerja manakala suami pula hanya berniaga kecil-kecilan. Jadi dengan ilmu ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu keluarga saya.
"Jika diberi peluang sekali lagi untuk menyertai program ini, saya ingin mempelajari jenis jahitan yang lain pula," katanya.

Suri rumah, Norsila Saat, 45, berkata program berkenaan sangat baik untuk wanita yang tidak bekerja kerana kemahiran yang ada boleh digunakan untuk menghasilkan produk berkualiti dan dijual pada pelanggan yang sanggup membayar lebih untuk hasil kerja tangan yang cantik.

Menurutnya, sebagai suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan, kemahiran itu dapat digunakan untuk mendapat wang bagi membantu meringankan beban suami yang bergaji rendah, seterusnya meningkatkan tahap ekonomi keluarga.

"Saya memang tahu menjahit sebelum ini tetapi ada kemahiran jahitan yang saya masih tidak tahu seperti smocking pada pakaian. Mesin jahit yang ada di rumah akan digunakan sebaik mungkin bagi menghasilkan pakaian untuk jualan.

"Setakat ini, saya sudah mula menjual secara kecil-kecilan melalui Internet dan juga membuat kerjasama dengan rakan untuk meluaskan jualan baju kanak-kanak dan baju kurung," katanya.

Sementara itu, Pengurus Kanan My Kasih, Shafinaz Suhaimi, berkata pihaknya mencari ibu tunggal yang layak menerusi sebaran di serata kawasan termasuk di sekitar perumahan kos rendah manakala sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Dia berkata, biarpun pada mulanya program mensasarkan 15 peserta, disebabkan sambutan menggalakkan, pihaknya membuka peluang lebih luas kepada 27 peserta bagi mendapatkan kemahiran menjahit memandangkan bajet mencukupi.

"Ibu tunggal dan suri rumah yang layak kemudian dipanggil untuk sesi temu duga bagi memastikan mereka berada di kalangan golongan berpendapatan rendah iaitu berpendapatan kurang RM1,500 sebulan bagi seisi keluarga dan memang memerlukan bantuan ini.

"Kami juga bertanya minat khusus mereka dalam bidang jahitan. Ini kerana kursus ini membabitkan beberap

Haruman segar zaitun

Posted: 12 Dec 2012 07:38 AM PST

SETIAP bahagian pokok zaitun mempunyai kegunaan kepada manusia. Bermula daripada buah, batang hinggalah daunnya, ia memiliki khasiat tersendiri kepada kesihatan tubuh badan.

Buah zaitun mentah, rasanya sedikit masam dan agak pahit. Selalunya buah zaitun akan diekstrak patinya untuk dijadikan minyak zaitun.

Minyak zaitun mempunyai khasiat secara luaran dan dalaman untuk membantu proses penghadaman kerana paras asidnya yang rendah.

Ia juga membantu meredakan radang gusi dan gigi selain menjadi penawar kepada racun serta menghapuskan cacing.


Selain terkenal di bidang kesihatan, minyak zaitun juga menjadi perhatian untuk dijadikan sumber menghasilkan produk kecantikan bagi membantu menguatkan akar rambut serta melembutkan kulit.


Daun pokok zaitun pula bermanfaat sebagai penggalak sistem imun manusia.
Masyarakat Timur Tengah mengamalkan pengambilan minuman teh daun zaitun sejak berabad lamanya untuk merawat batuk, sakit tekak, demam dan gout.

Batang zaitun pula boleh dijadikan perabot manakala kayunya berbau harum dan lantaran itu, jenama wangian, L'occitane mengambil inspirasi pokok zaitun liar untuk menghasilkan minyak wangi terbarunya.

Sempena bulan perayaan Krismas Disember ini, terdapat dua koleksi wangian jenama berkenaan yang diilhamkan daripada khasiat serta kecantikan pokok zaitun iaitu Marvellous Flowers dan Magical Leaves.

Rangkaian wangian koleksi Magical Leaves mewujudkan haruman segar yang diekstrak daripada verbena dan daun hazel. Sensasi kesegaran hijau diolah secara bersahaja dan aroma yang diterbitkan sesuai dipakai untuk lelaki mahupun wanita.

Batang bercabang pokok zaitun yang dipenuhi bungaan merah jambu mekar menyebarkan aroma mempesona sekali gus membangkitkan keceriaan koleksi Marvellous Flowers ini.

Koleksi wangian terbabit hadir dalam pelbagai variasi seperti eau de toilette, minyak badan, krim badan dan tangan, gel mandian serta sabun wangian. Ia boleh dijadikan cenderahati ketika aktiviti bertukar hadiah yang menjadi tradisi Krismas bersama jambangan bunga di tangan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/12



Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved