Harian Metro: Arena |
Ronaldo ‘pulang’ ke Old Trafford Posted: 20 Dec 2012 09:17 AM PST NYON (Switzerland): Cristiano Ronaldo akan kembali ke Manchester United bersama juara sembilan kali, Real Madrid pada pusingan kedua Liga Juara-Juara manakala tonggak Barcelona, Lionel Messi berdepan AC Milan. Bayern Munich, naib juara musim lalu, bertemu Arsenal dan Juventus akan menentang Celtic yang mengejutkan ramai apabila layak ke peringkat kalah mati. Kelab berbelanja besar, Paris St Germain pula berdepan Valencia.
Real, juara Sepanyol, amat mengecewakan pada siangan La Liga musim ini dan sekadar muncul naib juara kumpulan dalam Liga Juara-Juara di belakang Borussia Dortmund.
Sebaik mendapat tahu mengenai undian itu, Ferguson melabel pertembungan itu sebagai perlawanan terbaik yang bakal dinanti-nantikan pada pusingan kedua.
"Saya pasti ia akan menjadi satu perlawanan istimewa buatnya (Ronaldo)," kata Emilio Butragueno, pengarah hubungan institusi Real Madrid. "Peminat pasti amat gembira dengan perlawanan menarik dan sengit ini.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21 |
Posted: 20 Dec 2012 09:12 AM PST MUNICH: Sebastian Vettel tidak pernah berasa ragu kesahihannya sebagai juara pemandu dunia 2012 di sebalik pertikaian yang mempersoalkan tindakannya memintas Jean-Eric Vergne pada perlumbaan terakhir musim, Grand Prix Brazil. Kejuaraan ketiga berturut-turut pemandu Red Bull itu diragui selepas Ferrari menghantar surat aduan kepada badan induk sukan permotoran dunia, FIA, meminta penjelasan terhadap tindakan Vettel pada pusingan keempat perlumbaan di Interlagos, 25 November lalu.
"Saya tidak pernah fikir melakukan sebarang kesalahan," kata Vettel kelmarin.
FIA kemudian mengesahkan Vettel tidak bersalah dan Ferrari menerima keputusan itu dan menegaskan tidak berniat mempersoalkan kesahihan keputusan perlumbaan itu.
"Namun percaya atau tidak, saya sudah tahu sejak bendera kemenangan dikibarkan, kami tidak melakukan kesilapan." - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/21 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan