Ahad, 23 Disember 2012

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Kereta rentung langgar bas ekspres

Posted: 22 Dec 2012 11:10 PM PST

CHUKAI: Sungguh memilukan apabila empat beranak rentung selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 126.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, depan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kemasik, dekat sini, awal pagi tadi.

Kemalangan menyayat hati itu itu meragut nyawa seorang guru, Sabirin Sulaiman, 45, dan isterinya, Halina Saif @ Saib, 40, serta dua anak mereka, Siti Aisyah, 14, dan Siti Khatijah, 12.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata, empat beranak itu terperangkap di dalam kenderaan selepas kereta Kia Sephia yang mereka naiki bertembung dengan bas Ekspres Budaya, kira-kira jam 1.30 pagi sebelum kenderaan mereka terbakar dan seterusnya membakar bas ekspres terbabit yang dinaiki lapan penumpang.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki keluarga terbabit dari arah Kemaman ke Dungun dikatakan gagal dikawal sebelum memasuki laluan kanan jalan.


Berikutan itu katanya, kereta terbabit dikatakan bertembung dengan bas ekspres yang datang dari arah bertentangan sebelum kereta itu diseret bas terbabit kira-kira 30 meter sehingga ke kaki lima jalan.


Katanya, pertembungan itu menyebabkan kereta dinaiki keluarga malang terbabit terbakar sebelum api itu menyambar dan membakar hampir keseluruhan bas ekspres terbabit yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Melaka.

Menurutnya, jalan di lokasi kemalangan bukanlah disenaraikan sebagai laluan berbahaya dan kereta terbabit dipercayai memasuki laluan bertentangan berikutan cuaca ketika itu hujan renyai.

"Saya menasihati kepada semua pemandu supaya lebih berhati-hati terutamanya dalam keadaan cuaca yang sering hujan lebat menyebabkan air bertakung di atas jalan," katanya sambil memberitahu kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Rozlan Seman berkata, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh serta Kemaman bersama tiga jentera bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang ramai sebelum melancarkan operasi memadam kebakaran kedua-dua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu.

Katanya, bomba terpaksa memadam keseluruhan kedua-dua kenderaan terbabit sebelum melancarkan kerja-kerja mengeluarkan kesemua mangsa yang rentung dalam kenderaan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/23



4 tahun tumpang kawan

Posted: 22 Dec 2012 02:34 PM PST

KUALA LUMPUR: "Sudah empat tahun saya hidup menumpang di rumah kawan. Apabila menyedari layanan mereka kian berubah, saya cari kediaman lain untuk berteduh," kata pelakon veteran, Nurul Kamal Mohamad Zainuddin, 60, yang mempunyai masalah ketiadaan tempat tinggal sejak 2008.

Lebih dikenali dengan panggilan Kamal Pendek, dia antara beberapa artis di usia emas yang hidup dalam keadaan serba kekurangan sedangkan ketika muda, nama mereka menjadi sebutan peminat seni tanah air.

Selain Kamal Pendek, beberapa rakan seangkatannya seperti Datuk Yahya Sulong, 84, Karim Latiff, 76, Azean Irdawaty, 62, Abdullah Khalit Omar, 65, atau lebih popular dengan nama JD Khalid antara 'orang lama' yang sepatutnya mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak berkaitan seperti Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M).

Wartawan Metro Ahad berkesempatan menemubual keempat-empat artis veteran ini dengan harapan kisah sedih mereka dapat membuka mata pihak berkaitan.


"BUKAN saya minta perjalanan hidup begini, namun ia ujian buat saya. Meskipun sedih dengan penerimaan orang terhadap diri ini, saya reda dan tidak pernah menyesal dengan takdir ditentukan Allah SWT," kata pelakon veteran, Kamal Pendek, 60, yang kini menumpang di bilik Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/23



Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved