Ahad, 23 Disember 2012

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Jaga tulang dari muda

Posted: 23 Dec 2012 11:45 AM PST

KAJI selidik yang dijalankan oleh pembekal produk tenusu, Fonterra, mendapati 32 peratus rakyat Malaysia tidak mengambil makanan berkalsium tinggi setiap hari. Lebih dua pertiga pula tidak melakukan senaman secukupnya, lantas mendedahkan mereka kepada risiko osteoporosis dan penyakit lain berkaitan tulang.

Lebih mengejutkan, satu perempat daripada mereka tidak tahu di mana dan bagaimana untuk mendapatkan vitamin D iaitu nutrien penting bagi mendapatkan tulang yang sihat dan kuat.

Osteoporosis yang bermaksud tulang poros, ialah masalah jisim tulang makin berkurangan, lemah, rapuh serta mudah patah dan dalam jangka panjang, postur tubuh penghidapnya membongkok dan menjadi lebih rendah.

Ia boleh menyerang semua kumpulan umur tetapi lebih banyak dihidapi mereka yang berumur 50 tahun ke atas sama ada lelaki atau wanita. Hampir 75 peratus kejadian patah tulang di bahagian pinggul, belakang dan pergelangan tangan berlaku di kalangan mereka yang berumur melebihi 65 tahun.


Namun, wanita lebih mudah mendapat osteoporosis kerana mereka kehilangan kepadatan tulang pada kadar lebih pantas apabila paras hormon estrogen semakin menurun selepas menopaus.


Kajian mendapati seorang daripada dua wanita dan seorang daripada lima lelaki yang melebihi umur 50 tahun akan menderita patah tulang akibat osteoporosis dalam tahun selebihnya dalam kehidupan mereka.

Secara global, patah tulang disebabkan osteoporosis dianggarkan berlaku setiap tiga saat. Namun insiden berkenaan berbeza antara negara dan kumpulan masyarakat.

Masalah osteoporosis selalunya tidak disedari selama bertahun-tahun oleh penghidapnya kerana tidak ada simptom atau kesakitan, sehinggalah kejadian patah tulang berlaku.

Tulang pesakit osteoporosis mudah patah walaupun berlaku pelanggaran kecil atau ketika membongkok dalam aktiviti harian. Mana-mana bahagian tulang boleh patah atau retak tetapi bahagian paling mudah tercedera ialah pergelangan tangan, belakang dan pinggul.

Apabila patah tulang, pesakit akan mengalami rasa perit yang keterlaluan, ketidakupayaan dan kualiti hidup yang merosot. Patah pinggul juga selalunya akan menyebabkan pesakit terpaksa dimasukkan ke wad, menjalani pembedahan besar atau berhadapan dengan risiko kematian.

Berita baiknya, osteoporosis ialah antara penyakit yang boleh dirawat dan dihindari melalui gabungan amalan gaya hidup sihat seperti bersenam dan pengambilan kalsium dan vitamin D secukupnya.

Pakar ortopedik dan trauma, Dr Chin Chee Howe, berkata jisim tulang mencapai kemuncaknya pada usia 30 tahun dan sebaik mencecah umur berkenaan, tanpa senaman dan nutrisi yang mencukupi, tulang akan menjadi rapuh, seterusnya menyebabkan osteoporosis.

Beliau berkata, semua individu perlu mengambil langkah untuk menjaga kesihatan tulang mereka sejak muda misalnya dengan berhenti merokok serta mengambil diet kaya dengan kalsium, protein, vitamin D selain mengekalkan berat badan ideal dan melakukan senaman mengangkat berat.

"Osteoporosis ialah penyakit senyap yang menjejaskan kualiti tulang dan kepadatannya. Apabila anda berasa sakit belakang, ia mungkin disebabkan oleh osteoporosis.

"Kira-kira 75 peratus rakyat Malaysia di negara ini tidak bersenam. Oleh itu, mereka perlu melakukan beberapa perubahan dalam gaya hidup supaya tidak berada dalam peratusan penghidap osteoporosis," katanya pada pelancaran Persidangan Osteoporosis Asia Pasifik Yayasan Osteoporosis Antarabangsa (IOF), baru-baru ini.

Risiko yang mendedahkan seseorang kepada osteoporosis ialah genetik, jantina wanita, pertambahan umur, sejarah patah tulang, kurang berat badan, merokok, pemakanan tidak seimbang, tidak bersenam dan pengambilan steroid dalam jangka panjang.

Selain susu, sumber lain yang boleh membekalkan kalsium dan vitamin D kepada tulang ialah cahaya matahari, sayur-sayuran hijau seperti brokoli, bayam, sawi dan kailan, ikan sardin dan ikan tongkol, keju, yogurt serta telur.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan senaman berterusan dalam tempoh 30 hingga 40 minit sebanyak lima kali seminggu, seperti tai chi, yoga,
berlari, berjalan kaki, mengangkat berat dan bermain tenis.

Sementara itu, Pensyarah Endokrinologi dan Metabolisma, Institut Sains Perubatan New Delhi, Dr Nikhil Tandon, berkata osteoporosis kini dikelaskan sebagai masalah kesihatan yang serius di empat negara.

Beliau berkata, osteoporosis kini menjadi masalah yang besar kerana setiap tahun kejadian patah tulang merekodkan 1.5 juta kes, melebihi serangan penyakit jantung, strok dan barah payudara.

"Dijangka masalah patah tulang akibat osteoporosis akan meningkat kepada 50 peratus di Asia menjelang 2050. Apabila terdedah kepada masalah tulang rapuh, ia boleh menyumbang kepada risiko kematian sebanyak 20 peratus, hilang upaya kekal (30 peratus) dan hilang keupayaan bekerja (80 peratus)," katanya.

Risiko itu juga boleh berpunca daripada pengambilan kafein yang tinggi seperti pengambilan tiga cawan kopi sehari, kurang kalsium dan vitamin D, pengambilan melebihi tujuh auns alkohol dalam seminggu, mengambil dadah, tembakau dan kurang bersenam.

Masalah osteoporosis berlaku di seluruh dunia dan berbeza di setiap negara misalnya di negara empat musim, kira-kira 45 peratus kanak-kanaknya boleh terdedah kepada masalah berkenaan ketika musim sejuk kerana kekurangan pendedahan terhadap cahaya matahari.

Di India pula, kira-kira 85 peratus wanita mengandung terdedah kepada osteoporosis kerana kekurangan zat vitamin D dalam tubuh mereka manakala di Mongolia, kira-kira 10 peratus kanak-kanak kecil mengalami masalah riket kerana kurang kalsium.

Di Kuala Lumpur, lebih 60 peratus penduduknya didapati kurang mengambil kalsium dan masalah osteoporosis turut berlaku di Timur Tengah seperti di Tehran, lebih 80 peratus orang dewasa yang sihat didapati kurang vitamin D.

Namun di Jepun, masalah itu tidak terlalu meruncing dan hanya tiga peratus mengalami masalah kurang kalsium dan vitamin D, kemungkinan besar kerana diet penduduknya menjadikan ikan sebagai makanan utama.

Dalam semua keadaan, golongan warga emas, kanak-kanak kecil, wanita dan bayi baru lahir terdedah kepada masalah kekurangan kalsium dan vitamin D.

Menurut Dr Tandon, masalah osteoporosis dijangka meningkat di Asia memandangkan penduduk di rantau ini kebanyakannya cuma mengambil 46 miligram kalsium sehari berbanding di negara Barat yang purata pengambilan kalsium ialah 1,000 miligram sehingga 1,300 miligram sehari.

Katanya, antara sebab lain berlakunya pertambahan kejadian patah tulang pula adalah populasi yang semakin ramai orang berusia, keadaan sosio ekonomi, kekurangan vitamin D yang meluas dan pengambilan kalsium yang terlalu rendah.

"Osteoporosis susah dikesan antara lain kerana kurang minat untuk membuat pemeriksaan walaupun selepas patah tulang berlaku serta tidak mendapat kemudahan untuk membuat pemeriksaan kepadatan tulang menggunakan teknologi mesin DXA," katanya.

Sementara itu, pensyarah radiologi, Chan Lai Kuan, 55, yang juga seorang penghidap osteoporosis, berkata ibunya juga menderita masalah osteoporosis dan pernah patah tulang pinggul sebanyak dua kali selepas terjatuh dan kini hanya duduk di kerusi roda.

Pada 2003, Chan sendiri didapati mengalami masalah sama selepas melakukan pemeriksaan kepadatan tulang namun doktor tidak melakukan rawatan. Dia hanya dinasihatkan mengambil kalsium dan vitamin D kerana umurnya yang masih muda ketika itu.

Namun selepas membuat pemeriksaan sekali lagi pada 2010, keadaannya bertambah teruk dan terpaksa menjalani rawatan serta mengambil ubat untuk melambatkan proses kehilangan jisim tulang dan perlu sentiasa berhati-hati bagi mengelak tulangnya patah.

"Saya tidak mahu mengalami nasib yang sama seperti ibu. Jadi sekarang saya sangat berhati-hati supaya tidak jatuh dan mengalami patah tulang, selain melakukan senaman angkat berat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/23



Advertorial: Keyakinanmu bermula dari “V”

Posted: 23 Dec 2012 11:32 AM PST

PENJAGAAN kebersihan diri adalah sesuatu yang perlu diberikan fokus utama terutama sekali bagi melindungi kawasan vagina atau Zon-V yang amat sensitif.

Pemakaian baju dan seluar tidak bersesuaian dan terlalu ketat, penggunaan sabun yang tidak bersesuaian serta kurang mementingkan kebersihan diri terutama apabila berada dalam haid sedikit sebanyak memudaratkan kesihatan diri.

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran proses pembersihan kawasan berkenaan juga perlu dilakukan secara sederhana kerana ia sudahpun memiliki agen pembersihan semula jadi yang dikenali sebagai bakteria baik atau laktobasilus.

"Kewujudannya bertujuan sebagai perlindungan terakhir untuk mengelakkan berlakunya masalah jangkitan pada bahagian sulit berkenaan.


"Oleh itu, adalah penting untuk menjaga kewujudan bakteria baik tersebut tetapi dalam masa yang sama menjaga kebersihan Zon-V dengan langkah yang betul," katanya ketika ditemui baru-baru ini.


"Berikan ruang pengudaraan yang baik pada Zon-V dengan mengurangkan pemakaian seluar dalam dan jeans ketat untuk jangka masa lama kerana ia juga boleh menyebabkan jangkitan berlaku," katanya.

Terdapat tiga jangkitan yang kebiasaannya berlaku kepada wanita iaitu kandida atau jangkitan fungus, bacterial vaginosis dan juga trichomoniasis.

Perkara paling mujarab yang boleh dilakukan apabila membersihkan Zon-V adalah melalui penggunaan air yang banyak dan mengelap kawasan berkenaan daripada arah hadapan ke belakang bukan sebaliknya.

"Sekiranya menggunakan liner mahupun tuala wanita, paling penting adalah untuk menukarnya setiap tiga atau empat jam sekali.

"Jangan tunggu hingga ia 'penuh' sebaliknya pastikan Zon-V anda sentiasa selesa, kering dan bersih sepanjang masa," katanya.

Kotex, peneraju produk keperluan penjagaan feminin di Malaysia adalah jenama dipercayai untuk memberi penyelesaian penjagaan intimasi dan memperkasakan wanita untuk menjalani kehidupan dengan lebih yakin.

Kotex Fresh Plus Liners adalah liners pertama yang terbukti melindungi V Zone anda. Terdapat dalam 3 variasi, Kotex Fresh Plus Ultra V-Care terbukti menghalang pembiakan yis dan sebilangan bakteria semasa penggunaan*.

Untuk kulit sensitif, Kotex Fresh Plus Gentle Care adalah liners yang pertama dengan penyeimbang pH, diuji secara dermatologi terhadap alahan dan keradangan.

Selain itu, Kotex Fresh Plus Design didatangkan dengan corak menarik penuh warna berserta bahan semulajadi yang lembut dan sensasi.
Justeru bagi memberikan kesedaran mengenai penjagaan Zon-V dengan sempurna seiring dengan masalah yang dihadapi remaja semasa, Kotex mengambil inisiatif menganjurkan program Langkah Gadis Konfiden Harian Metro bagi membantu remaja perempuan tampil yakin dalam menjalani urusan harian mereka.

Program yang julung kali diadakan itu bertujuan membantu remaja menguruskan penampilan diri terutamanya ketika menyertai aktiviti keramaian rasmi, sosial atau menghadiri temu duga.

Sementara itu, hadir memeriahkan acara ialah Nana AF1 yang bertindak sebagai pengacara majlis dan juga selebriti terkenal Yana Samsuddin yang turut berkongsi pengalaman suka duka sebagai seorang artis.

Sementara itu, penceramah undangan Azah Yazmin Yusof berkata, bagi meningkatkan keyakinan diri seseorang itu perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan.

Malah, pendedahan terhadap 'dunia luar' juga perlu dipertingkatkan bagi memastikan diri tidak ketinggalan hingga menyebabkan rasa rendah diri.

"Jujur pada diri dan fokus pada apa yang ingin dilakukan barulah dapat membentuk keyakinan diri yang diingini dan pastinya ia diperlukan bukan saja dalam dunia pelajaran tetapi bidang pekerjaan yang akan ditempuhi nanti," katanya.

Dengan mensasarkan penyertaan remaja, program berkenaan menjelajah ke tiga kampus mulai 25 September lalu bermula di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang diikuti Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) pada 4 Oktober dan Universiti Putra Malaysia (UPM), 9 Oktober lalu.

Selaras dengan objektifnya yang mahu memperkasakan wanita, ia memberi tunjuk ajar serta menyiapkan diri mahasiswa bagi melangkah ke alam pekerjaan. Program ini juga adalah sebahagian daripada kempen tahunan Revolusi Zon-V untuk seleksi liner, usaha berterusan bagi mendidik wanita muda dan beraspirasi supaya mereka dapat menjadikan penjagaan feminin sebagai rutin harian serta dapat menikmati kehidupan sepenuhnya.

Bagi penuntut tahun kedua bidang kejuruteraan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM), Nur Shahida Ab Halim, 23, setiap gadis perlu memiliki keyakinan diri

Dia yakin bahawa keyakinan diri akan lebih menyerlah apabila berada dalam keadaan bersih dan selesa sepanjang masa.

"Saya sering kali menggunakan liner bagi memastikan kebersihan Zon-V terjaga dan akan sentiasa menukarnya setiap kali ke tandas.

Malah, kebanyakan remaja ditemui dalam program Langkah Gadis Konfiden bersetuju bahawa dengan pemakaian liner setiap hari dapat membantu dalam penjagaan V Zone mereka agar sentiasa kekal segar, bersih dan sihat sepanjang masa.

Kotex sedang mengadakan peraduan Carian Gadis Konfiden Kotex Fresh yang bermula dari 1 September sehingga 31 Oktober 2013. Untuk menyertainya, peserta perlu memuatnaikkan Pose V yang kreatif dan beritahu Kotex kenapa mereka adalah Gadis Konfiden Kotex Fresh yang dicari.

Hadiah sejumlah RM177,000 ditawarkan untuk para pemenang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kotex.com.my.

*Tidak terbukti secara klinikal menghalang jangkitan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/24



Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved